Tahukah anda, kepada individu atau golongan yang terputus bekalan makanan anda boleh membuat permohonan melalui media sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook ataupun ada boleh terus melayari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI
Inisiatif berbentuk bantuan keperluan harian amat penting bagi sesetengah isi rumah bagi membantu meringankan pembelanjaan pada tahun ini. Oleh itu bantuan in disediakan bagi mereka yang berkelayakan untuk membantu meringankan beban. Bantuan bakul makanan ini disediakan khas bagi mereka yang berkeperluan bagi menampung pembelanjaan barangan dapur pada bulan ini.
Bantuan Khas Barangan Dapur
Bagi calon yang layak bantuan ini akan menerima bantuan bakul makanan dengan kadar jumlah yang diberikan sebanyak RM 100. Barangan dapur adalah seperti berikut:
- Biskut
- Kopi
- Kicap
- Gula
- Sardin
- Garam
- Beras
- Tepung gandum
- Dan sebagainya
Pihak kerajaan telah menyediakan program khas bantuan Bakul makanan atau dikenali Bakul Prihatin 2022 yang bertujuan agar dapat membantu meringankan beban kepada mereka yang memerlukan. Program ini dilaksanakan adalah bagi mereka yang terjejas akibat daripada pendemik yang menyebabkan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan pada tahun ini. Dijangkakan dengan adanya program bakul ini akan diberikan kepada kira-kira 400,000 individu yang berkelayakan untuk mendapatkan manfaat dari program bantuan barangan dapur ini.
Cara Memohon
Terdapat beberapa cara untuk anda membuat permohonan bantuan khas bakul makanan ini seperti berikut :
- Sila hubungi pemimpin tempatan tempat anda
- Sila hubungi talian khas Kasih – 15999
- Hubungi talian Whatapps – 019 261 5999
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan bakul makanan ini atau bantuan lain yang disediakan pihak JKM, sila layari laman rasmi – DI SINI
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 selain bantuan bakul makanan, terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Pusat dan Negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan di ruangan – KLIK DI SINI