Tahukah anda, Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan terumatan kepada golongan sasar termasuklah bantuan secara sekali bayaran dan secara bulanan.
Bantuan Warga Emas
Salah satu program telah dilancarkan adalah Bantuan Warga emas yang melibatkan jumlah bantuan sebanyak RM 500 secara bulanan. Bantuan ini telah diperkenalkan bagi membantu golongan warga emas dan orang tua bagi meneruskan kelangsungan hidup dan tidak tercicir dari komuniti.
Kadar Bantuan
Untuk makluman, bagi kadar bayaran bantuan warga emas ini adalah sebanyak RM 500 dan akan dibayar secara bulanan kepada pemohon yang layak.
Syarat Kelayakan
- Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah dan bermaustatin
- Merupakan warga emas atau orang tua yang berumur 60 tahun dan keatas semasa permohonan
- Mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
- Warga emas yang tidak tinggal di mana-mana pusat penjagaan harian, institusi kendalian JKM (Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma)
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Cara Membuat Permohonan?
Sekiranya anda atau mempunyai kenalan atau saudara yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan bantuan RM 500 ini boleh dibuat oleh pemohon atau wakil. Sila hadir di Pejabat Kebajikan Masyarat berhampiran kediaman anda.
Untuk memudahkan proses permohonan, anda perlu sediakan dokumen penting dan sokongan sebelum hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat seperti berikut :
- Sediakan salinan Kad Pengenalan pemohon
- Sediakan salinan sijil lahir anak atau ahli keluarga yang tinggal sebumbung
- Sediakan salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu bapa atau anak yang tinggal sebumbung
- Sediakan salinan penyata gaji – Sekiranya ada
- Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan
Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan insentif bantuan kewangan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh Kerajaan persekutuan dan Negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya bantuan tunai yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI