BANTUANBWEJKMWarga Emas

Bantuan Kewangan BWE RM500 Sebulan : Semak Cara Mohon

Bantuan kewangan BWE RM500 sebulan adalah merupakan inisiatif yang diberikan secara bulanan kepada pemohon yang layak. Untuk makluman, BWE ini salah satu insentif yang ditawarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

BANTUAN KEWANGAN BWE RM500

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan pelbagai jenis insiatif berbentuk bantuan kepada rakyat. Bantuan Warga Emas atau lebih dikenali sebagai BWE juga termasuk dalam skim bantuan kebajikan yang ditawarkan.

Apa yang menarik adalah kadar bayaran bantuan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak adalah berjumlah RM500. Bukan itu sahaja, amaun tersebut akan dibayar secara setiap bulan kepada penerima.

Program bantuan khas kewangan BWE ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini oleh JKM. Atas dasar keprihatinan kerajaan, skim bantuan ini masih terus dilaksanakan pada tahun 2023.

Tujuan utama program khas ini masih dilaksanakan pada tahun ini adalah bagi membantu dan menolong golongan yang kurang bernasib baik dan berkelayakan memerlukan. Dengan adanya insentif bulanan RM500 ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

KADAR BAYARAN BANTUAN KEWANGAN BWE 2023

Setiap individu yang memohon dan layak, mereka akan terima bantuan BWE berjumlah RM500 secara pengkreditan dalam akaun bank setiap bulan.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN BWE

Beberapa kriteria kelayakan bagi bantaun warga emas ini telah ditetapkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di negara ini
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin per kapita semasa
  • Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas)
  • Tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian atau kediaman yang memberikan perkhidmatan kemudahan secara percuma

CARA MOHON BANTUAN

Kepada mereka yang memerlukan atau mempunyai ahli keluarga / kenalan yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dikemukakan. Panduan cara mohon bantuan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Untuk makluman, perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selari dengan Senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan negeri.

INFO LANJUT

Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai yang ditawarkan kerajaan perpaduan untuk meringankan beban rakyat pada tahun ini.

Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button