BANTUANFasa 4KerajaanSTRSumbanganTunaiRahmah

Bantuan Tunai RM500 & RM300 : Akan Dibayar Bagi Kategori M40

Bantuan tunai RM500 & RM300 akan dibayar kepada kategori M40 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah fasa terakhir. Untuk makluman, pembayaran bantuan tunai STR kini hanya berbaki 1 lagi fasa sahaja.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI 2023

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada Sidang Belanjawan 2023. Program STR adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan terbesar pada tahun ini.

Menerusi STR, penerima yang terlibat adalah dari kategori isi rumah, bujang dan warga emas. Kadar yang ditawarkan adalah berjumlah sehingga RM2,500, jumlah bergantung kepada kategori kelayakan penerima.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT FASA

Berikut adalah tarikh jadual bayaran STR tahun 2023 mengikut fasa seperti di bawah :

  • Fasa 1 : Januari 2023 (Selesai)
  • Fasa 2 : April 2023 (Selesai)
  • Fasa 3 : Jun 2023 (Selesai)
  • Fasa 4 : November 2023 (Tarikh akan dikemaskini)

BANTUAN TUNAI RM500 & RM300

Untuk makluman, bagi kategori keluarga M40 (Pendapatan isi rumah RM5,000 kebawah), hanya 2 kategori yang akan terlibat menerima bayaran STR fasa 4 :

  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) – RM500

Bagi kategori isi rumah M40 (Pendapatan RM5,000) mempunyai 0 – 3 anak, tidak akan menerima sebarang bayaran semasa STR fasa keempat nanti.

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Dibawah adalah kategori penerima yang layak menerima bayaran STR fasa 4 mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI KELUARGA B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak – RM200
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) – RM600
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) – RM900
  • Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih) – RM1,200

KELUARGA M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) – Tiada bayaran
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) – RM300
  • Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih) – RM500

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200

BUJANG (21 -59 TAHUN)

  • Tiada bayaran

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI

Kepada penerima sedia ada STR boleh membuat semakan status bayaran secara online. Bagi mereka yang berstatus tidak lulus semasa bayaran STR fasa 3, kalian boleh membuat kemaskini permohonan rayuan sebelum 31 Julai 2023.

Untuk semakan atau kemaskini rayuan, sila layari portal rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Selain dari bantuan tunai RM500 & RM300 , terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button