Bajet 2023BANTUANiSejahtera

Bantuan I Sejahtera : Insentif Tunai Khas RM 200

Bantuan I-Sejahtera adalah merupakan sebuah program bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri. Pelbagai jenis inisiatif khusus bantuan tunai yang ada dalam program ini.

Ini juga adalah merupakan salah satu bentuk penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat yang memerlukan dan kurang bernasib baik dalam segi kewangan.

PROGRAM BANTUAN I-SEJAHTERA

Untuk makluman, Bantuan I-Sejahtera 2023 adalah merupakan satu sistem yang diwujudkan bagi menyalur segala pengurusan kebajikan. Bantuan ini juga adalah salah satu penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat tempatan.

Bagi pengurusan pada tahun 2023 bagi program kebajikan negeri akan menggunakan sistem orang awam. Pejabat Masyarakat Penyanyang, Pusat khidmat KADUN, Bahagian perancang ekonomi negeri, Pejabat daerah tanah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Pendaftaran dan permohonan boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi I-Sejahtera – DI SINI

Peringatan untuk semua, pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan pada tahun yang sama. Namun sekiranya pemohon membuat daftar permohonan selepas 30 Jun, bayaran akan diterima pada tahun berikutnya.

Contoh, jika anda mohon pada bulan November 2022. Permohonan anda layak, anda akan mendapatkan bantuan pada tahun 2023. Untuk makluman Bayaran Bantuan i-Sejahtera ini akan disalurkan secara berperingkat ke penerima yang layak setiap tahun.

KADAR BANTUAN

Bagi Bantuan i-Sejahtera ini telah melibatkan 2 kategori iaitu Program bantuan penghargaan warga emas RM 200. Dan program bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) RM 200.

SYARAT KELAYAKAN 

  • Wajib merupakan warganegara Malaysia yang sah
  • Individu yang menetap di negeri Pulau Pinang
  • Pengundi berdaftar di Pulau Pinang
  • Individu berumur 60 tahun keatas (Bagi Bantuan penghargaan warga emas)
  • Individu merupakan seorang OKU yang berdaftar dengan JKM (Bagi bantuan OKU)

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan i-sejahtera ini, terdapat lebih banyak lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri.

Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan. Sila ke laman utama yang disediakan – KLIK DI SINI untuk semakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button