BANTUANeWallet

Bantuan E-Wallet RM200 Untuk Golongan Belia

Bantuan e-wallet RM200 untuk golongan belia akan diperluaskan kepada semua mahasiswa di negara ini pada tahun 2023. Untuk makluman baru-baru ini, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawan inisiatif khas ini akan memberi manfaat kepada golongan tersebut.

BANTUAN E-WALLET RM200

Pada sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawan bantuan e-wallet akan dilaksanakan pada tahun ini untuk golongan belia. Baru-baru ini Perdana Menteri telah memberitahu bahawa inisiatif ini akan diberikan kepada semua golongan mahasiswa.

Maklumat tersebut telah dibicarakan secara ringkas di sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Teknologo Mara (UiTM) disini. Terdahulu, isu tersebut telah dibangkitkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka selepas mendapati bajet 2023 yang dibentangkan kerajaan sebelum ini dengan kategori penerima bantuan e-wallet mereka yang berumur 18, 19 dan 20 tahun.

Perkara ini menyebabkan sebahagian umur mahasiswa lebih usia tidak dapat menerima manfaat selain tiada boleh mohon bagi kategori bujang. Dijangkakan perlaksanaan pemberian bantuan e-wallet RM200 ini akan mula ditawarkan pada pertengahan tahun ini.

E-TUNAI RAHMAH 2023

Untuk sedia maklum kepada yang terlepas, bantuan kredit e-tunai belia rahmah telah diperkenalkan pada BELANJAWAN 2023. Kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM200 seorang berbanding tahun lalu bantuan epemula diberikan pada kadar RM150 seorang.

Inisiatif khas ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM400 juta dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia. Penerima adalah terdiri daripada golongan bujang belia mahasiswa yang berumut 18 hingga 20 tahun.

Seperti tahun lalu, bantuan e-wallet yang ditawarkan ini boleh ditebus melalui pilihan platform yang disediakan seperti BigPay, Shopeepay, Tounch N go ewallet dan Grabpay. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Pada bulan April ini, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia terutama golongan sasar iaitu B40 dan miskin. Pemberian bantuan pada bulan ini adalah bagi memberi insentif membantu mereka yang memerlukan untuk membuat persiapan sempena raya aidilfitri.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button