BANTUANBarang DapurBINGKAS

Bantuan Barangan Dapur Sebanyak RM300 Setiap Bulan ~ Semak Syarat Kelayakan

Bantuan barangan dapur sebanyak RM300 diberikan setiap bulan kepada keluarga yang berkelayakan. Untuk makluman program bantuan kehidupan sejahtera selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Program bantuan barang dapur ini adalah inisiatif yang telah disediakan pada tahun sebelum ini. Pada sidang belanjawan negeri, Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shaari telah mengumumkan. Bahawa bantuan BINGKAS ini akan diteruskan pada tahun 2023.

Perkara ini adalah salah satu bukti keprihatinan kerajaan negeri. Hal ini bagi membantu mereka yang memerlukan dan bantuan barang dapur ini masih relevan bagi membantu rakyat.

BANTUAN BARANG DAPUR

Objektif utama bantuan khas ini masih diteruskan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang sentiasa menjaga hal elwal tanggungan keluarga bagi mendidik dan membesarkan anak.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan pasca pendemik yang masih belum pulih sepenuhnya ini, bantuan khas ini amat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Perlaksanaan program BINGKAS barang dapur ini bagi meluaskan capaian dan menambahbaik program seperti kasih ibu smart Selangor (KISS) dan program bantuan (KISS IT) untuk golongan ibu tunggal. Perkara ini bagi memberi manfaat kepada mereka yang berkeluarga.

KADAR BANTUAN 

Dana bantuan akan diberikan kepada kira-kira 30,000 keluarga yang layak dengan kadar jumlah bantuan sebanyak RM300 sebulan dan automatif amaun dimasukan setiap bulan. Bantuan ini boleh digunakan dengan cara pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan di pasaraya berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kepada mereka yang ingin membuat permohonan bantuan barang dapur BINGKAS ini, sila semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM3,000
  • Mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Lahir di negeri Selangor atau sudah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor
  • Pemilih berdaftar di Selangor.

CARA MOHON BANTUAN BARANGAN DAPUR

Untuk permohonan bantuan khas ini, sila layari portal rasmi BINGKAS – KLIK DISINI , kemudian anda perlu isi masukkan maklumat peribadi yang diperlukan. Sediakan dokumen penting dan hantar permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 selain daripada bantuan barang dapur ini, terdapat pelbagai inisiatif khas berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu golongan sasar. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button