Bantuan Barang Dapur 2025 : RM50, RM100 & RM200 Sebulan
Bantuan Barang Dapur 2025 : Inisiatif khas yang bernilai RM50, RM100, dan RM200 sebulan telah mula disalurkan kepada rakyat Malaysia. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan setiap rakyat yang terjejas dapat menikmati kelangsungan hidup yang lebih baik.
Di bawah belanjawan 2025, langkah ini bertujuan untuk membantu golongan yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi keperluan harian mereka.
INISIATIF BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Program sumbangan asas rahmah ditubuhkan dengan objektif utama untuk meringankan beban golongan terjejas. Perlaksanaan insentif bulanan MyKasih ini memfokuskan kepada kategori penerima seperti bujang, warga emas, dan mereka yang berkeluarga.
Dengan keringanan ini, diharapkan agar golongan yang terlibat dapat menjalani kehidupan yang lebih stabil tanpa tekanan ekonomi yang berlebihan. Terdapat 2 kelayakan kategori penerima iaitu berstatus miskin dan bukan miskin tegar.
Melalui inisiatif ini, penerima akan menerima bantuan bulanan dan boleh dijadikan sebagai sumber untuk membeli barangan dapur yang diperlukan. Langkah ini tidak hanya membantu meringankan beban kewangan tetapi juga menggalakkan kesejahteraan masyarakat Malaysia.
Program ini merupakan satu sokongan signifikan dalam usaha mencapai masyarakat yang lebih sejahtera. Pengkreditan ke dalam MyKad telah dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari sehingga Disember 2025.
KADAR BAYARAN BANTUAN BARANG DAPUR
Berikut dikongsikan kadar bayaran bantuan SARA bulanan bagi kategori miskin dan miskin tegar :
- Isi rumah : RM100 / RM200 setiap bulan (kadar ditentukan mengikut kelayakan)
- Warga emas : RM100 / RM150 setiap bulan (kadar ditentuk mengikut kelayakan)
- Bujang : RM50 setiap bulan.
Bagi kategori miskin dan miskin tegar, bantuan ini disalurkan secara terus ke dalam mykad selama tempoh 12 bulan. Nilai bantuan tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar.
Untuk pembayaran kategori B40 atau bukan miskin tegar, tarikh akan dimaklumkan oleh kerajaan pada waktu yang ditetapkan. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan barang dapur ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN
Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk butiran lengkap dan semakan, sila layari laman rasmi – MyKASIH 2025 sebagai panduan umum.