B40 : Bantuan Kewangan RM700 telah mula dikreditkan kepada mereka yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman umum, skim bantuan khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada golongan B40.
BANTUAN KEWANGAN RM700 B40
Pada tahun ini pelbagai program dan inisiatif berbentuk bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan mahupun negeri. Salah satu inisiatif yang ada pada tahun ini termasuklah skim perlindungan yang memberikan bantuan kewangan bernilai RM700.
Program (Mysalam) adalah merupakan sebuah skim perlindungan takaful kesihatan yang diberikan secara percuma oleh kerajaan persekutuan. Skim ini memberikan perlindungan takaful kepada individu B40 melalui tabung amanah Mysalam.
Perlancaran program bantuan khas ini adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan B40. Dengan adanya skim ini dapat mengatasi masalah penyakit kronit yang melibatkan kewangan.
KRITERIA LAYAK TUNTUT BANTUAN KEWANGAN RM700
Antara kriteria syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan dalam tuntutan mysalam adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Individu berumur 18 tahun hingga 65 tahun
- Penerima bantuan kerajaan seperti BSH, BR1M dan STR
- Golongan B40 & M40.
Kepada setiap penerima mysalam yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan, angkatan tentera dan universiti layak untuk membuat tuntutan pendapatan gantian. Tuntutan boleh dilakukan pada kadar RM50 sehari dengan had maksimum 14 hari atau RM700 setahun.
Apa yang lebih menarik adalah kerajaan bersetuju untuk melanjutkan bantuan skim ini sehingga penghujung tahun 2025. Dengan adanya skim seperti ini dapat memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan B40.
CARA SEMAKAN & TUNTUTAN BANTUAN MYSALAM B40
Bermula 7 Julai 2024, semakan status dan tuntutan boleh dilakukan oleh orang awam secara dalam talian. Untuk rujukan lengkap dan cara tuntutan, sila layari laman rasmi bantuan – MySalam B40
Nota : Skim bantuan ini amat penting buat rakyat Malaysia kerana memberi banyak manfaat terutama perlindungan takaful. Dengan banyak masalah penyakit dan wabak pada waktu ini, bantuan seperti mysalam ini sangat diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.