Senarai Jenis Bantuan Khas untuk golongan suri rumah & ibu tunggal disediakan di halaman ini untuk rujukan umum masyarakat.
JENIS BANTUAN KHAS UNTUK GOLONGAN WANITA
Pada tahun ini terdapat banyak inisiatif disediakan untuk golongan wanita khususnya suri rumah dan ibu tunggal. Pelbagai program bantuan dan inisiatif ditawarkan kepada golongan ini bagi memberi manfaat yang selayaknya.
Antara inisiatif yang disediakan adalah berbentuk bantuan kewangan, perlindungan sosial dan program pemerkasa ekonomi. Program bantuan diadakan adalah bagi meringankan beban kewangan isi rumah terutama kategori pendapatan rendah.
Dengan adanya pelbagai insentif ini dapat meningkatkan kualiti hidup melalui bantuan asas, kesihatan dan pendidikan. Terdapat program yang ditawarkan membuka peluang masa depan seperti latihan, penempatan kerja dan usahawan mikro.
SENARAI JENIS BANTUAN KHAS UNTUK SURI RUMAH & IBU TUNGGAL
Berikut adalah senarai bantuan yang boleh didapatkan oleh golongan wanita terutama suri rumah dan ibu tunggal pada tahun ini :
- MyKasih SARA – Bantuan keperluan asas yang diberikan pada kadar sehingga RM2,100 setahun. Bayaran dikreditkan secara terus ke dalam mykad.
- STR isi rumah – Bantuan tunai sehingga RM2,500 setahun dikreditkan ke dalam akaun bank. Kategori isi rumah menerima bayaran tertinggi berbanding kategori lain.
- Program latihan & penempatan – Penyediaan kursus seperti jahitan, F&B, digital dan keusahawan mikro.
- Insurans & Perlindungan sosial – Penyediaan skim sumbangan insurans asas dan faedah hilang upaya atau berlaku kematian.
- Bantuan Warga EMAS – Insentif bulanan berjumlah RM600 ditawarkan kepada ibu tunggal berumur 60 tahun dan keatas.
SEMAK KELAYAKAN & PANDUAN DAFTAR BANTUAN KHAS
Kepada yang berminat untuk memohon, anda boleh membuat semakan kelayakan & permohonan. Untuk panduan lengkap, sila layari laman portal rasmi kerajaan di https://ihsanmadani.gov.my/
Pastikan dokumen-dokumen penting yang diperlukan disediakan semasa permohonan dikemukakan bagi memudahkan urusan proses semakan. Hanya pemohon yang benar-benar berkelayakan akan diluluskan permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada di laman utama!