
Bantuan Lesen B2 percuma adalah merupakan sebuah program penting bagi mereka yang ingin memandu motosikal dengan selamat dan berkesan. Kini, inisiatif terbaharu iaitu Bantuan Lesen B2 Percuma Fasa 2 telah diperkenalkan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai matlamat ini.
Dalam fasa 2 yang bakal dilaksanakan, tambahan 10,000 kuota penyertaan diberikan bagi memudahkan lebih ramai individu untuk mendapatkan lesen mereka tanpa sebarang kos.
PROGRAM BANTUAN LESEN B2 PERCUMA
Untuk makluman umum, program Mylesen B2 ini adalah inisiatif dibawah Belanjawan 2025 yang memberi manfaat kepada golongan B40 dan tanggungan. Pada fasa 1 yang telah dilaksanakan pada suku pertama tahun ini telah memberi manfaat kepada 15,000 peserta.
Lesen B2 sangat penting, bukan sahaja untuk kepatuhan undang-undang tetapi juga untuk keselamatan di jalan raya. Dengan adanya Bantuan Lesen B2 Percuma Fasa 2, diharapkan ia dapat memberi peluang kepada lebih ramai pemohon untuk merasai faedah memegang lesen yang sah.
Program ini tidak hanya membantu individu tetapi juga mengurangkan kadar kemalangan dan meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan pengguna jalan raya. Bagi mereka yang belum memiliki lesen memandu motorsikal, jangan lepaskan peluang untuk daftar fasa 2 nanti.
SYARAT LAYAK & CARA DAFTAR LESEN B2 PERCUMA
Untuk memohon bantuan ini, anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Proses permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan secara atas talian.
Pastikan anda mendaftar sebelum kuota habis, kerana hanya 10,000 penyertaan yang disediakan bagi fasa kedua. Program ini adalah satu inisiatif baik daripada kerajaan untuk mempromosikan pendidikan pemanduan yang selamat dan efisien di negara kita.
Berikut adalah syarat asas kelayakan program mylesen B2 tahun ini ;
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 16 tahun hingga 35 tahun
- Golongan B40 dan tanggungan
- Tidak pernah miliki sebarang lesen memandu Malaysia (LMM)
- Bebas dari senarai hitam JPJ, Mahkamah dan PDRM.
Untuk panduan selengkapnya berkenaan program bantuan lesen percuma ini, anda boleh rujuk pada laman rasmi – MYLESEN B2
LEBIH INFORMASI BANTUAN
Kerajaan MADANI telah sediakan bermacam program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban penduduk. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan umum.