BANTUANMyKasih

SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH RM300 ONE-OFF

Semak status penerima MyKasih RM300 secara one-off kepada kategori B40 kini boleh dibuat secara dalam talian. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa sumbangan asas rahmah (Sara) MyKasih akan dikreditkan kepada penerima yang layak pada 9 Disember ini.

SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH B40

Pembayaran bantuan SARA Mykasih kali yang bernilai RM300 akan melibatkan sekitar 3.5 juta penerima dan RM1 bilion peruntukan. Ini adalah inisiatif yang diambil bagi membantu golongan yang berada dalam kategori B40, mereka yang tidak tergolong sebagai miskin tegar.

Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi, kadar bayaran sumbangan yang bakal diterima oleh setiap penerima adalah sebanyak RM300 secara one-off. Ini merupakan usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat, di samping memberikan sokongan kepada mereka yang paling memerlukan.

Skim bantuan MyKasih merupakan satu langkah proaktif dalam menangani isu kemiskinan di negara kita. Dengan memberikan sumbangan yang tepat kepada kumpulan sasar, kerajaan berharap dapat meningkatkan taraf hidup serta memberi peluang kepada penerima untuk lebih berdikari.

Dalam konteks ini, ia jelas menunjukkan komitmen pihak kerajaan untuk mendengar serta memenuhi keperluan masyarakat. Dengan adanya bantuan ini dapat membantu penerima menampung pembelanjaan barangan keperluan asas.

KELAYAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH B40

Berikut adalah syarat asas kelayakan bagi penerima bantuan khas RM300 one-off ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus lulus penerima STR 2024
  • Pendapatan di bawah RM5,000 sebulan
  • Tiada dalam rekod pengkalan data e-kasih (bukan miskin tegar).

Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah dari kategori B40, semakan status kelayakan boleh dilakukan segera. Untuk semak status sila layari laman rasmi MyKasih SARA – https://www.mykasih.com.my/

Kepada yang layak, mereka akan menerima bayaran pada 9 Disember 2024 dan bagi yang tiada kad bank, tebus tunai di kaunter BSN boleh dibuat pada tarikh tersebut. Untuk makluman umum, ini merupakan bayaran Mykasih SARA yang terakhir untuk sesi tahun 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – RUJUK DISINI untuk info lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button