Program E-Dompet RM300 Sebulan: Untuk B40 & M40
Program E-Dompet RM300 sebulan ini adalah merupakan inisiatif khas yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40. Pada tahun ini, kerajaan negeri telah bersetuju meneruskan program e-dompet yang menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan kepada golongan B40 dan M40 yang memenuhi syarat kelayakan.
Program E-Dompet RM300 Sebulan
Inisiatif ini dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera bingkas bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas oleh pelbagai faktor ekonomi. Bantuan istimewa ini disediakan khusus kepada keluarga-keluarga yang berkeperluan.
Program ini diperuntukkan kepada golongan keluarga dalam kategori B40 dan M40 yang mengalami kesukaran kewangan. Kelayakan ditentukan berdasarkan kriteria tertentu, termasuk pendapatan bulanan dan situasi kewangan semasa.
Diharapkan dengan bantuan ini, golongan yang berkelayakan dapat memperbaiki taraf hidup mereka dan memulakan langkah baru dalam perancangan kewangan masing-masing. Insentif ini menyasarkan sekitar 30,000 buah keluarga dari kelompok pendapatan dibawah RM5,000 sebulan.
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Berstatus warganegara Malaysia sahaja
- Golongan B40 dan M40
- Pendapatan dibawah RM5,000 sebulan
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
- Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di neger Selangor
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
Cara Memohon dan Manfaat Program E-Dompet
Untuk memohon program e-dompet RM300 sebulan, pemohon boleh mengunjungi laman web rasmi yang disediakan oleh kerajaan. Proses permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.
Untuk rujukan lengkap dan panduan mohon, sila layari laman portal rasmi – BINGKAS 2024 . Permohonan akan ditutup sekiranya kuota bantuan telah penuh.
Selain mendapat sokongan kewangan, penerima bantuan juga diberikan pendedahan mengenai pengurusan kewangan yang bijak. Ini bertujuan untuk memastikan bantuan yang diterima dapat digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Maklumat Lanjut
Selain e-dompet, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lebih lanjut.