Skim Bantuan eWallet RM300 : Ditawarkan Kepada Keluarga B40
Skim Bantuan eWallet RM300 adalah merupakan sebuah inisiatif bulanan yang ditawarkan kepada keluarga B40 dan berkelayakan. Untuk makluman, program khas ini adalah sebahagian bantuan yang masih boleh dimohon pada tahun ini.
SKIM BANTUAN EWALLET RM300 (BULANAN)
Tahukah kalian, pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai kehidupan sejahtera atau bingkas. Berdasarkan tahun lalu, peruntukan insentif tambahan ini mensasarkan sekitar 30,000 keluarga layak untuk mendapatkan manfaat ini.
Bagi pengetahuan umum, program khas ini diberikan bukan dalam bantuan tunai. Insentif ini disalurkan secara digital iaitu dalam bentuk kredit ewallet bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.
Tujuan utama perlaksanaan program istimewa ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang tergolongan dalam golongan B40 dan miskin. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.
KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300
Terdapat 5 kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan insentif bantuan ewallet RM300 sebulan ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan dibawah RM3,000 (B40)
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
- Pemilih berdaftar
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi tempoh matang (10 tahun)
PANDUAN DAFTAR BANTUAN EWALLET
Kepada mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat bantuan khas bulanan ini. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)
Setiap borang permohonan dikemukakan akan melalui proses semakan bagi mengenalpasti pemohon benar-benar layak menerima bantuan ini. Untuk memudahkan urusan semakan, setiap pemohon perlu sediakan dokumen penting seperti dibawah :
- Salinan kad pengenalan (IC) pemohon dan pasangan
- Salinan kad pengenalan, mykid atau sijil kelahiran tanggungan/ anak
- Salinan surat kematian, sijil penceraian atau laporan polis bagi kategori ibu bapa tunggal
- Dokumen lain yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khusus berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.