Bajet 2023BANTUANBTR

Bantuan BTR Fasa 1 Untuk Keluarga & Bujang

Bantuan BTR fasa 1 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dijadualkan pembayaran akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023. Perkara ini telah dimaklumkan ketika mesyuarat kali pertama bagi penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat.

Dalam ucapan beliau mengesahkan bahawa pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) fasa 1 akan mula disalurkan kepada kategori keluarga dan bujang bermula Januari tahun 2023. Walaupun jumlah bantuan keseluruhan masih belum dinyatakan, atas keprihatinan kerajaan, bantuan kewangan ini telah dipercepatkan pada bulan Januari nanti.

Di halaman kali ini, dikongsikan maklumat ringkas berkenaan Bantuan BTR fasa 1 yang perlu anda ketahui kerana ini adalah inisiatif yang baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023

Untuk sedia maklum, bantuan BTR ini adalah sama seperti bantuan tunai terdahulu seperti BSH, BPR dan BKM. Inisiatif BTR ini adalah merupakan bantuan berbentuk tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kepada gologan B40 dan miskin.

Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pembelanjaan golongan yang berpendapatan rendah yang terdiri dari kategori isi keluarga, bujang dan ibu bapa tunggal.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, perlaksanaan program bantuan BTR ini telah melibatkan dana peruntukan berjumlah RM2 bilion dan akan memberi manfaat kepada kira-kira hampir 9 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun 2023.

KADAR BAYARAN BTR FASA 1

Untuk pengetahuan umum, bayaran BTR fasa 1 akan melibatkan 2 kategori iaitu keluarga dan bujang. Kadar bayaran adalah seperti berikut :

  • Kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100
  • Kategori keluarga akan menerima bayaran sebanyak RM300.

JADUAL BAYARAN BTR FASA 1

Pada awalnya bayaran BTR adalah pada bulan Mac. Namun disebabkan beberapa faktor seperti bencana banjir yang sedang melanda dan atas keprihatinan pihak kerajaan. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran BTR fasa 1 dipercepatkan pada bulan Januari 2023.

PERMOHONAN

Untuk sedia maklum, buat masa ini belum ada kenyataan rasmi berkenaan cara memohon atau kemaskini bantuan BTR. Berkemungkinan data maklumat penerima bantuan sebelum ini akan dimasukan ke dalam sistem BTR.

Segala maklumat terbaru berkenaan bantuan tunai rakyat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk lebih lanjut anda boleh layari laman khas Bajet 2023 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan berbentuk kewangan ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan tunai telah diperkenalkan untuk tahun 2023. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button