4 Jenis Pengeluaran Khas KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Oleh Ahli ~ Semak Disini
Seperti yang sudah sedia maklum bahawa pengeluaran khas KWSP 2.0 tidak akan dilaksanakan pada tahun ini. Hal ini kerana pengeluaran khas RM 10,000 baru dibenarkan pada tahun yang sama dan melibatkan pelbagai aspek pihak kerajaan tidak dapat membenarkan pengeluaran kali kedua.
Namun begitu, pihak KWSP telah menyediakan jenis pengeluaran khas bagi ahlinya untuk mengeluarkan wang untuk tujuan peribadi. Ahli boleh membuat atau melakukan pengeluaran wang KWSP anda untuk tujuan peribadi seperti membina / ubah suai rumah, pendidikan, dan rawatan perubatan.
4 Jenis Pengeluaran Yang Dibenarkan
Berikut telah disediakan senarai jenis pengeluaran khas KWSP yang boleh anda lakukan untuk tujuan peribadi seperti:
Pengeluaran Untuk Ubah suai Rumah / Membeli
Untuk makluman, pihak KWSP telah memberikan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembinaan, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui Rumah Mesra Rakyat 2022. Semakan Dokumen dan cara permohonan – KWSP Beli Rumah
Pengeluaran Pendidikan
Pihak KWSP turut memberikan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda yang ingin melanjutkan pengajian di IPT sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
Kemudahan ini diberikan adalah bagi tujuan meringankan beban ahli kerana tidak perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti. Semak dokumen dan syarat – KWSP Pendidikan
Pengeluaran Ibadah Haji
Bagi tujuan mengurangkan bebanan ahli yang ingin menunaikan ibadah Haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan kos haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji – KWSP Haji
Pengeluaran Untuk Rawatan Perubatan
Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda secara automatik boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 bagi tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian alat kesihatan – KWSP Perubatan
Maklumat Lanjut
Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berklayakan untuk anda mohon, sila ke Halaman utama yang telah disediakan – DI SINI