3 jenis bantuan kewangan yang bakal dikreditkan tidak lama lagi sebelum menjelang hari raya aidiladha penghujung bulan ini. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa terdapat beberapa inisiatif yang akan diberikan pada bulan ini kepada rakyat.
3 JENIS BANTUAN KEWANGAN (BULAN JUN)
Sempena menyambut perayaan hari raya korban, pihak kerajaan telah memaklumkan beberapa berita gembira kepada rakyat. Atas dasar keprihatinan kerajaan, sebelum 29 Jun ini 3 jenis bantuan kewangan akan dilaksanakan.
Perkara ini bagi membantu mereka yang memerlukan bagi membuat persiapan menyambut raya haji tidak lama lagi. Kadar bayaran bantuan yang akan diagihkan adalah sehingga RM1,300, jumlah adalah mengikut kategori kelayakan penerima.
Di bawah dikongsikan maklumat ringkas berkenaan bantuan yang akan disalurkan pada bulan ini.
STR FASA KETIGA
Ramai yang menunggu bantuan STR fasa ketiga ini dibayar, untuk makluman semua pembayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3 ini akan diagihkan secara berperingkat bermula minggu ketiga bulan Jun.
Kadar yang akan dikreditkan adalah dari RM150 hingga RM1,300, amaun yang akan diterima adalah bergantung kelayakan.
INSENTIF TAMBAHAN RM500
Pemberian bantuan khas ini diberikan kepada para jemaah haji tahun ini. Pihak kerajaan negeri Selangor dan negeri Pahan bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM500 setiap seorang jemaah dari kalangan B40 dan M40.
Untuk sedia maklum, pemberian insentif ini telah pun diberikan kepada mereka yang layak melalui prosedur negeri masing-masing.
KREDIT E-TUNAI RM200
Program bantuan edompet (kredit e-tunai belia rahmah) ini adalah merupakan pemberian kredit percuma bernilai RM200. Kategori yang layak untuk menebus bantuan adalah golongan belia berumur 18,19 dan 20 tahun.
Golongan mahasiswa yang merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan dalam negara layak menebus insentif RM200 ini sebelum raya haji. Untuk semakan cara tebus, sila layari laman rasmi E-TUNAI BELIA RAHMAH – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu rakyat yang terjejas. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.