BANTUANPembiayaanTEKUN

TEKUN : Skim Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10,000 (2024)

TEKUN : Skim Bantuan Pembiayaan sehingga RM10,000 telah ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun 2024. Untuk makluman umum, program khas ini merupakan sebuah inisiatif kemudahan yang disediakan bagi memberi manfaat kepada rakyat.

TEKUN : SKIM BANTUAN PEMBIAYAAN

Kepada yang terlepas pandang, agensi dibawah kerajaan iaitu TEKUN Nasional telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Program ini merupakan penyediaan kemudahan pembiayaan kepada para usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal.

Perlaksanaan bantuan khas ini masih diteruskan pada tahun ini bagi membantu mereka yang berada dalam golongan memerlukan. Pembiayaan istimewa ini disediakan kepada pemohon untuk tujuan seperti :

  • Pembelian motorsikal
  • Baik pulih motorsikal
  • Modal pusingan

Bagi makluman umum, TEKUN Niaga adalah kemudahan pembiayaan berasaskan tawarruq iaitu melibatkan dua jenis kontrak jual beli berasingan. Jual beli pertama berlaku apabila pihak TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui.

KELAYAKAN SKIM BANTUAN PEMBIAYAAN TEKUN

Beberapa kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam program TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan bumiputera sahaja
  • Pemohon berumur 18 sehingga 65 tahun
  • Pemohon bukan seorang berstatus muflis

KADAR JUMLAH BANTUAN PEMBIAYAAN TEKUN

Jumlah pembiayaan TEKUN Nasional adalah minimum RM1,000 sehingga maksimum RM10,000. Kadar ditentukan mengikut pecahan kategori seperti di bawah :

  • Baik pulih motirsikal (baiki) : RM1,000 – RM5,000
  • Modal pusingan : RM1,000 – RM5,000
  • Pembelian Motorsikal : RM1,000 – RM10,000.

Kepada pemohon yang layak, tempoh pembiayaan adalah sehingga 36 bulan bersamaan 3 tahun. Manakala kadar keuntungan pula adalah 4 peratus dalam masa setahun.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PEMBIAYAAN

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan pembiayaan khas ini boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan, setiap pemohon perlu sertakan dokumen penting yang diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button