BANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

Terkini : Bantuan Tambahan RM100 Dikreditkan Setiap Bulan

Terkini : Bantuan Tambahan RM100 dikreditkan setiap bulan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang menepati kriteria kelayakan. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa ini merupakan sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

TERKINI : BANTUAN TAMBAHAN RM100

Kerajaan telah bersetuju untuk terus melanjutkan pemberian insentif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini. Sekitar 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah akan mendapatkan manfaat daripada sumbangan khas SARA ini.

Untuk makluman, kadar jumlah pada tahun ini telah ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun lalu. Bukan itu sahaja, kategori penerima juga telah ditambah dimana mereka yang berstatus ‘bukan’ miskin tegar juga akan terlibat.

Kaedah pembayaran bantuan ini adalah secara pengkreditan ke dalam mykad penerima STR bagi negeri di semenanjung Malaysia. Manakala negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun BSN atau tebus di kaunter.

SYARAT KELAYAKAN TERKINI BANTUAN TAMBAHAN SARA

Bagi makluman umum, pemberian insentif ini diberikan secara automatik tanpa perlu memohon. Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan asas bagi penerima bantuan tambahan SARA ini seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Tersenarai sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024
  3. Kategori bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan
  4. Berstatus miskin/ miskin tegar di bawah data ekasih

KADAR JUMLAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024

  • Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas (Miskin dan miskin tegar) : RM1,200
  • Penerima STR kategori bujang (Miskin dan miskin tegar) : RM600
  • Penerima STR kategori isi rumah ‘bukan’ (Miskin dan miskin tegar) : RM300
  • Penerima STR kategori bujang dan warga emas ‘bukan’ (miskin dan miskin tegar) : RM150

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SARA

Sekiranya anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif ini boleh dilakukan secara online. Untuk butiran lengkap dan panduan semakan, sila layari laman pautan rasmi bantuan – MyKasih SARA

Pembayaran bagi kategori miskin dan miskin tegar telah mula disalurkan setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024. Untuk kategori bukan miskin dan miskin tegar akan dimaklumkan pada masa terdekat dan akan dikemaskini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button