BANTUANFasa 4STR

Tarikh STR Fasa 4 Telah Diumumkan – Semak Kelayakan Segera

Tarikh STR Fasa 4 – baru-baru ini, Kementerian Kewangan telah memaklumkan tarikh bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 4. Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam membantu masyarakat yang memerlukan, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

TARIKH STR FASA 4

Pemberian inisiatif bantuan sumbangan tunai rahmah ini akan mula disalurkan pada 7 November 2024. Pembayaran akan diagihkan secara berperingkat, mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Proses ini dirancang untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang layak, sekaligus meringankan beban kewangan yang mereka hadapi. Bagi sedia maklum, bayaran kali ini adalah merupakan yang terakhir bagi sesi 2024.

Bayaran bantuan STR yang dijadualkan dikreditkan pada awal bulan hadapan ini akan melibatkan 3 kategori penerima iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Kadar bayaran adalah berjumlah RM100 untuk bujang dan RM150 untuk warga emas.

Manakala kategori isi rumah akan menerima bayaran dari RM100 hingga RM650 dan jumlah mengikut bilangan tanggungan dan pendapatan bulanan. Untuk kemaskini maklumat terkini dan semakan status bayaran, sila kunjungi laman rasmi – MySTR

KADAR BAYARAN STR 2025 DINAIKKAN

Kepada yang terlepas pandang, pada sidang Belanjawan 2025 pihak kerajaan telah mengumumkan berita baik. Bermula 2025, pembayaran bantuan STR akan dinaikkan sehingga RM4,600 berbanding RM3,700 tahun ini.

Golongan belia bujang akan menerima bayaran RM600 setahun berbanding RM350 setahun. Kaedah bayaran bagi sesi 2025 adalah sama seperti tahun ini iaitu secara kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN.

Kerajaan bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah bagi memberi sumbangan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Kepada penerima sedia ada, anda hanya perlu kemaskini maklumat terkini jika mempunyai sebarang perubahan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak program, kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan. Perkara ini adalah sebahagian langkah kerajaan bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat yang memerlukan.

Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada sepanjang tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button