BANTUANBUDI MADANI

Tarikh Bayaran BUDI MADANI : Bantuan RM200 Sebulan

Tarikh Bayaran BUDI MADANI : Bantuan RM200 sebulan ini adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan pada tahun ini. Untuk makluman umum, Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh pembayaran bagi bantuan khas ini.

TARIKH BAYARAN BUDI MADANI

Program bantuan khas tunai bulanan ini adalah merupakan sumbangan dari kerajaan lanjutan daripada perlaksanaan penyasaran subsidi diesel. Mereka yang layak memohon adalah dari golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan jenis diesel di Semenanjung Malaysia.

Untuk sedia maklum, permohonan bantuan ini telah dibuka mulai 28 Mei 2024 dan boleh dimohon sepanjang tahun ini. Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh pemberian bantuan BUDI MADANI RM200 ini seperti berikut :

  • Permohonan dibuat pada 1 – 31 Ogos 2024 : Bayaran mulai 9 September 2024
  • Permohonan dibuat pada 1 – 30 September 2024 : Bayaran mulai 7 Oktober 2024
  • Permohonan dibuat pada 1- 31 Oktober 2024 : Bayaran mulai 8 November 2024
  • Permohonan dibuat pada 1 – 30 November 2024 : Bayaran mulai 6 DISEMBER 2024
  • Permohonan dibuat pada 1 – 31 Disember 2024 : Bayaran mulai 7 Januari 2025.

SYARAT KELAYAKAN BUDI MADANI

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan individu atau pasangan dibawah RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40.

PANDUAN DAFTAR BUDI MADANI

Kepada mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Untuk rujukan lengkap dan panduan mohon, sila layari laman portal rasmi – BUDI MADANI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas BUDI Individu (BKK HASiL) di 1 800 88 2747 atau e-mel ke budimadani@treasury.gov.my.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button