BANTUANFasa 2STR

Pembayaran Fasa 2 STR Mulai Minggu Depan

Pembayaran fasa 2 STR mulai minggu depan akan diagihkan secara berperingkat melalui kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN. Untuk makluma umum, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Sumbangan tunai rahmah fasa kedua akan disalurkan kepada penerima bermula 5 April ini.

PEMBAYARAN FASA 2 STR

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku menteri kewangan juga berkata sejumlah RM1.26 bilion telah diperuntukan untuk pembayaran bantuan agihan fasa 2 STR minggu depan. Ini merupakan insiatif yang diberikan sebelum menyambut raya aidilfitri dan secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia yang menerima.

Pengumuman berkenaan pembayaran fasa 2 STR ini telah dibuat oleh Perdana Menteri di mesyuarat pertama penggal kedua parlimen ke 15 di dewan negara. Melalui media melaporkan setakat hari pada tarikh 28 Mac terdapat penambahan sebanyak 574,890 permohonan baru diterima bagi insiatif STR.

Untuk makluman, pembayaran sumbangan tunai rahmah (STR) fasa ketiga akan diagihkan pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya Oktober 2023.

KATEGORI PENERIMA

Bagi pengetahuan semua, kategori yang terbabit menerima bayaran insentif STR adalah terdiri daripada bujang, warga emas dan isi rumah (keluarga).

KADAR BAYARAN

Bagi pemberian STR fasa 2, kadar bayaran yang diberikan adalah sebanyak RM100 – RM200. Jumlah bergantung kategori kelayakan penerima. Untuk jumlah keseluruhan Sumbangan tunai rahmah adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH PENDATAPAN DIBAWAH RM2,500 SEBULAN

  • RM1,000 sehingga RM2,500 : Jumlah bantuan bergantung bilangan tanggungan anak

ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000 SEBULAN

  • RM500 sehingga RM1,250 : Jumlah bantuan bergantung bilangan tanggungan anak

WARGA EMAS -TIADA PASANGAN

  • RM600

BUJANG

  • RM350

BANTUAN TAMBAHAN

  • RM600 berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas ditawarkan kepada golongan isi rumah miskin tegar.

SEMAKAN STATUS STR

Kepada penerima STR, anda boleh membuat semakan status sumbangan tunai rahmah. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bayaran STR fasa 2 terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang dibayar pada bulan ini kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button