BANTUANLesen MemanduMyLesen

Permohonan Bantuan MyLesen 2024 : Kini Dibuka Kepada Rakyat

Permohonan Bantuan MyLesen 2024 kini dibuka kepada rakyat yang belum mempunyai lesen memandu kelas B2. Untuk sedia maklum, atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan program khas ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.

PERMOHONAN BANTUAN MYLESEN 2024

Bagi pengetahuan umum, Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melancarkan satu program. Bantuan lesen memandu percuma melalui MyLesen b2 telah dibuka kepada mereka yang berkelayakan.

Untuk makluman, melalui program istimewa ini ditawarkan kuota terhad kepada 35,000 penyertaan sahaja. Pemohon yang layak akan menerima bantuan ujian lesen memandu kelas b2 motorsikal percuma.

Pihak kerajaan akan menanggung speenuhnya program mylesen ini dengan tertakluk pada terma dan syarat yang sudah ditetapkan. Kepada mereka yang belum memiliki lesen dan menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang penyertaan yang telah disediakan.

KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN MYLESEN 2024

Dibawah adalah kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi menyertai program mylesen ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Sihat dari segi fizikal dan mental
  • Berumur 16 tahun dan keatas
  • Penerima bantuan kerajaan, kumpulan B40 dan tanggungan
  • Bebas dari senarai hitam JPJ, PDRM dan mahkamah
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis lesen memandu.

TEMPOH PERMOHONAN MYLESEN 2024

Permohonan bagi menyertai program ini telah mula dibuka dan akan ditutup setelah mencapai kuota 35,000 penyertaan. Kepada yang berkelayakan disarankan kemukakan permohonan segera bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini.

Nota : Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian penuh termasuk ulangan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

PANDUAN KEMUKAKAN PERMOHONAN MYLESEN

Individu yang memenuhi syarat kriteria kelayakan, anda boleh kemukakan permohonan bagi menyertai program bantuan lesen memandu ini. Sila muat turun dan isi borang permohonan yang disediakan melalui MyLesen b2 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khas berbertuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button