Akaun 3Akaun FleksibelKWSP

Akaun Fleksibel KWSP : Bakal Dilancarkan Bermula April 2024

Akaun Fleksibel KWSP : satu lagi akaun yang berfungsi sebagai simpanan kecemasan bakal dilancarkan bermula April 2024. Untuk pengetahuan umum, akaun 3 akan diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada ahli KWSP tidak lama lagi.

AKAUN FLEKSIBEL KWSP (PENGENALAN)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang meneliti dan bakal memperkenalkan akaun 3 atau akaun flesibel pada tahun hadapan. Akaun ini berfungsi sebagai akaun simpanan tambahan untuk ahli membuat pengeluaran kecemasan.

Selaku Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan, beliau berkata perincian berkenaan akaun Fleksibel (Akaun 3) ini. Perkara tersebut akan diumumkan selepas pemberian dividen KWSP pada bulan Februari tahun 2024.

Pada waktu pendemik melanda negara beberapa tahun sebelum ini, pelbagai skim pengeluaran telah diluluskan bagi membantu rakyat di masa kesusahan. Namun selepas itu desakan pelbagai pihak untuk membenarkan lagi pengeluaran khas namun tidak dapat diluluskan.

FORMULA AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Atas keprihatinan kerajaan, formula baharu dilakukan iaitu memperkenalkan akaun ketiga (fleksibel). Kemudahan ini akan dilaksanakan dan ada kaedah tertentu yang tidak akan menjejaskan pendapatan ahli KWSP.

Pada asasnya akaun fleksibel ini diwujudkan adalah bagi membantu ahli yang ingin membuat pengeluaran kecemasan. Segala perincian mengenai akaun 3 ini akan dimaklumkan pada awal tahun hadapan.

E-PENGELUARAN KWSP (SEBAHAGIAN/ PENUH)

Tahukah anda sebenarnya terdapat kemudahan e-pengeluaran KWSP yang disediakan kepada pencarum/ ahli pada tahun ini. Mereka yang berkelayakan boleh membuat pengeluaran secara sebahagian atau sepenuhnya melalai akaun 1 dan akaun 2.

Terdapat pelbagai jenis pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu telah disediakan oleh pihak KWSP. Ahli boleh melakukan pengeluaran pada bila-bila masa dan dimana jua secara online melalui i-akaun.

Semakan kelayakan dan panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button