BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE : Bantuan Warga Emas RM500 Setiap Bulan Untuk Rakyat

BWE : Bantuan Warga Emas adalah merupakan inisiatif yang bernilai RM500 diberikan setiap bulan kepada rakyat yang berkelayakan. Untuk makluman umum, ramai yang terlepas pandang berkenaan bantuan khas ini yang diberikan secara bulanan.

BWE : BANTUAN WARGA EMAS SETIAP BULAN (RM500)

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan skim bantuan kebajikan yang melibatkan pelbagai insentif yang ditawarkan. Salah satu insentif yang boleh dimohon adalah Bantuan Warga Emas (BWE) berjumlah RM500 sebulan.

Berdasarkan statistik data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Disember 2022, sekitar 140,500 telah menjadi penerima bantuan BWE ini. Apa yang menarik adalah kadar bayaran bantuan telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan.

Inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM. Dan merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Dengan adanya insentif tambahan yang diberikan secara bulanan ini dapat meringankan beban kewangan  bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Kepada mereka yang kurang berkemampuan memerlukan yang ingin memohon, anda perlu menepati beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah.

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  3. Individu yang berstatus warga emas/ orang tua berumur 60 tahun dan ke atas
  4. Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang menyediakan perkhidmatan kemudahanan secara percuma
  5. Mana-mana kes berkeperluan layak dipertimbangkan melalui kelulusan KPKM.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS

Jika anda atau ahli keluarga atau kenalan yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada waktu ini bagi mendapatkan manfaat bantuan BWE ini. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Sila ikuti arahan yang telah disediakan dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button