BANTUANFasa 4KerajaanSTR

Fasa 4 STR : Bantuan Tunai RM200 Dikreditkan Untuk Kategori Ini

Fasa 4 STR adalah merupakan inisiatif bantuan kewangan yang terakhir akan dibayar oleh kerajaan kepada rakyat pada tahun ini. Untuk makluman, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa keempat akan mula diagihkan berperingkat pada bulan November 2023.

SEMAKAN BAYARAN FASA 4 STR

Seperti sedia maklum, perlaksanaan program pemberian Sumbangan Tunai Rahmah telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan pada sidang Belanjawa 2023. Melalui program khas ini, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan dana bantuan terbesar pada tahun ini bagi STR.

STR 2023 melibatkan 3 kategori kelayakan utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Manakala jumlah yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 tambahan RM600, kadar bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak.

Bagi pengetahuan umum, bayaran bagi STR fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kini hanya berbaki fasa 4 STR sahaja yang akan dikreditkan.

Bayaran Fasa 4 hanya akan melibatkan kategori warga emas dan isi rumah sahaja, kategori bujang telah selesai dibayar pada fasa ketiga tempoh hari. Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan kadar bayaran yang akan diterima pada bulan November mengikut kategori.

KATEGORI TERIMA BAYARAN RM200

Bantuan tunai RM200 akan dibayar semasa fasa 4 kepada penerima sedia ada STR bagi kategori di bawah :

  • Warga emas (Sebatang kara)
  • Isi rumah tiada anak (Pendapatan dibawah RM2,500 sebulan)

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI LAIN

KATEGORI ISI RUMAH B40 (RM2,500)

  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) – RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM900
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) – RM1,200

KATEGORI ISI RUMAH M40 (RM5,000)

  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) – RM500

Nota : Hanya kategori kelayakan seperti diatas yang akan menerima bayaran bantuan tunai fasa 4 STR yang dijadualkan pada bulan November nanti.

RAYUAN STR MASIH DIBUKA

Kepada penerima STR dan yang daftar baru berstatus tidak lulus semasa pembayaran fasa 3 bulan lalu. Permohonan rayuan STR masih dibuka, anda boleh membuat kemaskini rayuan sebelum tarikh tutup 31 Jula 2023.

Untuk semakan status bayaran dan permohonan rayuan, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini khusus untuk golongan b40 dan miskin. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button