BANTUANe-Dompet

Syarat Kelayakan EDompet : Bantuan Khas RM200

Syarat kelayakan eDompet adalah merupakan inisiatif bantuan khas berjumlah RM200 adalah untuk golongan belia dan mahasiswa. Untuk sedia maklum, bantuan khas ini akan dilaksanakan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan belia.

BANTUAN EDOMPET 2023

Pada sidang belanjawan 2023, pihak kerajaan telah bersetuju melancarkan sebuah bantuan edompet yang dikenali sebagai bantuan kredit e-tunai belia rahmah. Bantuan ini telah djenamakan semula dari epemula tahun lalu.

Apa yang lebih menarik, baru-baru ini Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa bantuan edompet akan diperluaskan kepada kumpulan mahasiswa tanpa mengira had umur. Kadar bantuan pula telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding RM150 epemula tahun lalu.

SYARAT KELAYAKAN EDOMPET 2023

Syarat kriteria kelayakan bagi bantuan khas edompet 2023 berjumlah RM200 seorang ini telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia
  • Berumur 18,19 dan 20 tahun
  • Diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur

KADAR BAYARAN EDOMPET

Kadar bantuan edompet telah ditetapkan, dimana bantuan ditawarkan sebanyak RM200 kepada mereka yang berkelayakan. Kaedah penebusan bantuan edompet dijangkakan sama seperti tahun lalu melalui aplikasi pilihan masing-masing.

Epemula 2022 tahun lalu, bantuan edompet yang ditawarkan sebanyak RM150. Dimana golongan belia boleh menebus bantuan tersebut secara ewallet di aplikasi pilihan seperti Bigpay, Grabpay, Tounch n go ewallet dan Shopeepay.

CARA TEBUS BANTUAN

Buat masa ini masih belum ada lagi kenyataan rasmi berkenaan cara tebus bantuan edompet ini. Jika berdasarkan epemula tahun lalu, permohonan dibuka pada bulan April 2022 dan penebusan pada bulan Jun 2022.

Dijangkakan pada tahun ini bantuan edompet akan mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2023. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum. Bantuan edompet ini telah diumumkan pada pembentangan BELANJAWAN 2023

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan. Hal ini bagi membantu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan pada tahun ini.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button