Tahukah anda, pihak Kerajaan telah melancarkan sebuah program iaitu bantuan khusus kepada para belia yang masih mencari kerja atau yang sedang menganggur. Perlaksanaan program bantuan kerajaan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan mutu kualiti setiap individu sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar yang mencabar dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kepercayaan majikan terhadap diri.
Tambahan, melalui program ini dapat memberikan peluang kepada golongan yang sedang mencari pekerjaan atau yang sedang menganggur untuk mendapatkan pengalaman bekerja.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Terbuka kepada individu yang berstatus Warganegara Malaysia yang sah
- Terbuka kepada individu yang belum bekerja atau yang sedang menganggur
- Pemohon wajib berumur antara 18 sehingga 30 tahun.
KADAR INSENTIF BANTUAN YANG DIBERIKAN
Menerusi Program ini, anda akan ditawarkan elaun dan gaji bulanan sekurang-kurangnya RM 1,200 selama tempoh tertentu. Pada masa yang sama, pihak Majikan turut mendapatkan insentif RM 1,000.
PANDUAN PERMOHONAN
- Sila layari laman rasmi Penjana Kerjaya PERKESO – DI SINI
- Baca butiran dan lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruangan disediakan
- Hantar permohonan anda, semoga berjaya.
Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa permohonan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Program bantuan Penjana Kerjaya PERKESO ini, sila rujuk di laman rasmi PERKESO – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan dan sebahagiannya telah dilaksanakan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Jika anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya melibatkan bantuan tunai yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI