
STR Bujang Fasa 2 : Bayaran bantuan tunai berjumlah RM150 seorang akan dikreditkan kepada kategori ini pada fasa berikutnya. Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan peningkatan sumbangan tunai rahmah (STR) bagi kategori bujang untuk tahun ini.
BAYARAN STR BUJANG FASA 2
Untuk makluman umum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 telahpun selesai dikreditkan pada bulan Januari lalu. Pembayaran fasa berikutnya akan disalurkan selewat-lewatnya pada bulan April 2025.
Apa yang menarik adalah hanya kategori belia bujang akan menerima bayaran STR pada kadar tetap iaitu RM150 setiap fasa. Bagi individu bujang, jumlah bantuan telah ditingkatkan kepada RM600 setahun, bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan ini.
Pengumuman ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyokong rakyat dalam situasi ekonomi yang mencabar. Sumbangan tunai rahmah ini diharapkan dapat memberikan bantuan yang signifikan kepada golongan bujang, terutamanya untuk mencukupkan perbelanjaan harian.
Dengan penambahan jumlah bantuan ini, diharapkan lebih ramai individu dapat memanfaatkan sumber kewangan ini untuk tujuan yang lebih baik. Pengumuman ini adalah langkah positif dan responsif dari kerajaan dalam mendengar keluhan rakyat dan menyediakan sokongan yang diperlukan.
KELAYAKAN PENERIMA STR BUJANG 2025
Berikut adalah syarat asas kelayakan penerima STR bagi kategori belia bujang :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun
- Bukan berstatus pelajar sepenuh masa
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500
- Berstatus bujang atau duda/ janda yang tiada anak.
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 2
Untuk membuat pengemaskini maklumat dan semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah setiap fasa, sila ikuti panduan dibawah :
- Layari laman portal rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan
- Jika pertama kali log masuk, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
- Selepas log masuk, tekan butang ‘semakan status’
- Maklumat butiran pembayaran STR fasa semasa anda akan dipaparkan pada skrin
- Sekiranya anda mempunyai sebarang perubahan maklumat peribadi, kemaskini boleh dilakukan pada ruangan pengemaskini.
Nota : Selain itu anda juga boleh membuat kemaskini maklumat dan semakan status secara manual melalui penjabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan MADANI bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.