BANTUANSTRSumbanganTunaiRahmah

STR : Bayaran Sehingga RM650 Dikreditkan Khamis Depan

STR : Bayaran Sehingga RM650 akan dikreditkan pada hari khamis minggu depan bersamaan 29 Ogos 2024 seluruh Malaysia. Seperti yang telah dimaklumkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau STR bagi fasa ketiga akan disalurkan pada bulan Ogos ini.

STR : BAYARAN SEHINGGA RM650 (FASA 3)

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan rasmi telah memaklumkan pembayaran bantuan tunai STR akan diberikan pada minggu ini secara menyeluruh. Bagi fasa kali ini, sekitar lebih 8 juta penduduk Malaysia akan menerima manfaat pemberian bantuan STR.

Kadar bantuan yang dikreditkan adalah bermula dari RM100 sehingga RM650 kepada 3 kategori penerima utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Jumlah bayaran ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak setiap keluarga b40 & m40.

Apa yang pasti setelah bayaran fasa ketiga diberikan, penerima boleh membuat kira-kira baki bayaran bantuan STR yang akan dibayar pada fasa keempat nanti. Untuk maklumat umum, semua kategori akan terlibat menerima insentif STR pada 29 Ogos nanti.

BAYARAN BANTUAN STR RM650 UNTUK ISI RUMAH

Seperti sebelum ini, kadar bayaran tertinggi akan dikreditkan kepada kategori isi rumah B40. Bagi penerima berstatus bujang dan warga emas akan menerima bayaran kurang daripada RM650.

Bermula 29 Ogos 2024, bayaran STR akan mula disalurkan secara berperingkat melalui kaedah kredit ke dalam akaun bank. Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus kad tidak aktif, tuntutan secara tunai boleh dibuat di cawangan BSN.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR SESI 2024

Berikut dikongsikan jumlah keseluruhan yang diberikan kepada penerima STR 2024 mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • RM350 : Bujang
  • RM600 : Warga emas

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN (RM2,500/ B40)

  • RM1000 : Tidak mempunyai anak
  • RM1500 : Bilangan anak (1 & 2)
  • RM2000 : Bilangan anak (3 & 4)
  • RM2500 : Bilangan anak (5 & lebih)

ISI RUMAH PENDAPATAN (RM5,000/ M40)

  • RM500 : Tidak mempunyai anak
  • RM750 : Bilangan anak (1 & 2)
  • RM1000 : Bilangan anak (3 & 4)
  • RM1250 : Bilangan anak (5 & lebih)

Info : Setiap penerima boleh membuat congakkan jumlah bayaran yang akan mereka terima pada fasa terakhir nanti. Anda tambahkan jumlah bayaran bantuan STR yang diterima pada fasa 1,2 dan 3, baki yang belum diterima akan diberikan pada fasa 4.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR DIBUKA

Orang ramai kini boleh membuat semakan status bayaran masing-masing secara dalam talian. Untuk semakan dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan – Sumbangan Tunai Rahmah

MAKLUMAT LANJUT

Untuk rujukan semua, pada tahun ini kerajaan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat tempatan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button