STR 2025 : Pada sidang belanjawan 2025, kerajaan Malaysia telah mengumumkan keputusan untuk meneruskan pemberian insentif bantuan sumbangan tunai rahmah. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin meningkat.
Dengan sokongan ini, diharapkan dapat membantu lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia yang layak menerima manfaat dari program ini.
PROGRAM BANTUAN TUNAI STR 2025
Satu berita baik yang diumumkan adalah kadar bayaran bantuan kewangan akan dinaikkan mengikut kategori kelayakan pada tahun hadapan. Ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati bantuan yang sewajarnya berdasarkan situasi kewangan mereka.
Kenaikan ini adalah langkah proaktif kerajaan dalam memberikan sokongan kepada mereka yang paling memerlukan. Jumlah bayaran bantuan STR dinaikkan daripada RM3700 sebelum ini kepada RM4100, kadar termasuk bayaran bantuan SARA.
Pembayaran bantuan tunai sumbangan rahmah akan dikreditkan secara berperingkat melalui empat fasa, memastikan proses ini adalah efisien dan sistematik. Dengan cara ini, diharapkan bantuan tersebut sampai kepada penerima dengan lebih cepat dan tepat.
Rakyat Malaysia harus peka kepada jadual pembayaran ini agar tidak terlepas peluang untuk mendapatkan hak mereka. Berdasarkan tahun 2024, jadual bayaran bantuan ini dikreditkan secara fasa seperti dibawah :
- Januari (Fasa 1)
- April (Fasa 2)
- Ogos (Fasa 3)
- November (Fasa 4)
KADAR BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI
Untuk pengetahuan umum, kadar bayaran bantuan STR ditingkatkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
- Isi rumah (pendapatan RM2,500) : Sehingga RM2,500
- Isi rumah (pendapatan RM5,000) : Sehingga RM1,250
- Bujang (21 tahun keatas) : RM600
- Warga emas (60 tahun keatas) : RM900.
Nota : Sepanjang bulan November lalu, kerajaan telah membuka pengemaskini maklumat terkini dan pendaftaran baharu kepada penduduk Malaysia. Bayaran STR fasa 1 nanti akan diberikan kepada setiap penerima mengikut kelayakan kemaskini terkini.
Untuk semakan butiran lengkap dan maklumat terbaru berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah, sila layari laman web rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.