STR 2025 : Jumlah bantuan mengikut kategori penerima telah diumumkan oleh kerajaan dan akan dilaksanakan pada tahun ini. Seperti yang sedia maklum, inisiatif bantuan sumbangan tunai rahmah atau STR akan diteruskan pada tahun 2025.
INISIATIF BANTUAN STR 2025
Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa program ini akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk di Malaysia. Bantuan ini menjadi salah satu langkah kerajaan dalam mengurangkan beban kewangan rakyat dan memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat.
Pada tahun ini, jumlah bantuan tunai STR yang akan diberikan mencapai RM4,600 setahun (termasuk bayaran SARA). Pembayaran bantuan STR ini akan disalurkan secara kredit ke dalam akaun bank penerima bermula dari fasa 1 hingga fasa 4.
JUMLAH BANTUAN STR 2025 MENGIKUT KATEGORI
Kategori penerima yang terlibat dalam inisiatif ini termasuk belia, individu berkeluarga, dan orang tua yang memerlukan. Jumlah bayaran bantuan ditentukan berdasarkan kelayakan kategori penerima, gaji bulanan, dan bilangan tanggungan anak.
Melalui penentuan ini, kerajaan berusaha memastikan bahawa bantuan ini tepat sasaran dan memberi impak positif kepada mereka yang memerlukan. Dasar ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menyokong rakyat Malaysia menuju kehidupan yang lebih baik.
Kadar jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 mengikut setiap kategori adalah seperti dibawah :
KATEGORI BELIA BUJANG & ORANG TUA
- Bujang B40 : RM600 setahun
- Warga emas B40 : RM1,050 setahun
KATEGORI BERKELUARGA (ISI RUMAH) B40
- Tiada anak (0) : RM1,000 setahun
- Bilangan anak (1-2) : RM1,500 setahun
- Bilangan anak (3-4) : RM2,000 setahun
- Bilangan anak (lebih 5) : RM2,500 setahun
BERKELUARGA (ISI RUMAH) M40
- Tiada anak (0) : RM500 setahun
- Bilangan anak (1-2) : RM750 setahun
- Bilangan anak (3-4) : RM1,000 setahun
- Bilangan anak (lebih 5) : RM1,250 setahun
Nota : Jumlah bayaran diatas tidak termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), nilai bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Buat masa ini tarikh rasmi bayaran STR fasa 1 masih belum diumumkan oleh kerajaan. Jangkaan bayaran fasa pertama akan mula dikreditkan pada suku pertama tahun 2025.
Kepada rakyat Malaysia jangan lupa kemaskini maklumat dan butiran anda bagi mendapatkan jumlah bantuan yang bersesuaian dengan kelayakan. Untuk rujukan sila kunjungi laman rasmi MySTR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.