SKK : Bantuan Kewangan RM1000 disediakan untuk penerima STR bagi tahun 2024 sebagai insentif tambahan sekiranya berlaku perkara tidak diingini. Inisiatif khas berbentuk bantuan ini adalah merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.
SKK : BANTUAN KEWANGAN RM1000
Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024. Apa yang menarik adalah kerajaan juga telah menyediakan skim khairat kematian kepada penerima STR.
Program bantuan SKK ini adalah merupakan lanjutan dalam pemberian bantuan tunai STR pada tahun ini. Insentif khas ini adalah sebuah skim bantuan kewangan berbentuk tunai berjumlah RM1000 yang boleh dituntut secara one-off.
SKK ini disediakan dan dikendalikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan MADANI Kedua. Skim istimewa ini perlu diketahui oleh setiap penerima STR kerana ianya memberikan manfaat jika berlaku musibah.
KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN SKK RM1000
Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan khusus bagi mereka yang ingin membuat tuntutan bantuan SKK RM1000 ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Penerima ‘Lulus’ STR
- Kategori isi rumah, warga emas bujang/ tiada pasangan
- Meninggal dunia pada tahun 2024 (1 Januari 2024 – 31 Desember 2024)
- SKK layak untuk dituntut oleh waris yang telah didaftarkan jika pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Waris yang ingin membuat tuntutan hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja
- Kepada pasangan yang bukan berstatus warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak tuntut SKK.
PANDUAN TUNTUTAN BANTUAN KEWANGAN SKK 2024
Sekiranya berlaku kematian, penerima STR boleh membuat tuntutan SKK melalui wakil iaitu pewaris. Panduan tuntutan dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SKK 2024
Tuntutan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Jangan lupa sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Asal atau salinan sijil kematian yang telah dikeluarkan oleh JPN
- Asal atau salinan kad pengenalan/ sijil lahir waris
- Sebarang dokumen pembuktian pertalian darah diantara waris dan simati (pemohon atau pasangan).
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.