Kini sudah memasuki suku akhir tahun 2022, pada yang telepas pandang pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan terutama kepada golongan sasar iaitu B40 dan yang berpendapatan rendah. Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan ialah Skim Program Perumahan Rakyat atau lebih sinonim dikenali sebagai PPR untuk tahun 2022.
Program Rumah PPR 2022
Skim program Perumahan Rakyat (PPR) ini adalah merupakan sebuah skim perumahan yang terkenal di dalam negara. Skim Program perumahan PPR ini adalah merupakan projek dari pihak Kerajaan untuk memberikan tempat tinggal kepada golongan B40 dan berpendapatan rendah.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Masih belum memiliki rumah sendiri
- Berusia 18 tahun dan ke atas semasa permohonan
- Mempunyai pendapatan semasa bulanan isi rumah RM 3,000 dan ke bawah
- Harus merupakan Warganegara Malaysia yang sah.
Kategori Rumah PPR 2022
Untuk makluman umum, terdapat 2 kategori sahaja dalam Program Perumahan Rakyat yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah melaksanakan projek PPR di negara Malaysia.
PPR untuk Dimiliki
PPR untuk dimiliki ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan dapat membantu golongan yang memerlukan untuk memiliki rumah mampu milik tanpa perlu membayar sewa rumah.
PPR untuk Disewa
PPR untuk disewa ini telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bermula pada bulan Februari 2022 dengan tujuan dapat membantu golongan atau keluarga yang berpendapatan rendah untuk menyewa rumah PPR.
Kadar Bayaran
Di bawah telah disediakan jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut kategori PPR yang telah ditetapkan seperti berikut :
PPR Untuk Disewa
- Kadar bayaran untuk rumah PPR Disewa adalah serendah RM 124 sebulan
PPR Untuk Dimiliki
- Untuk semenanjung – RM 35,000 Seunit
- Untuk Sabah dan Sarawak – RM 42,000 Seunit
Bagi makluman umum, Program PPR ini menggunakan perancangan teliti serta reka bentuk perumahan kos rendah setelah ditetapkan dalam standar perumahan kebangsaan bagi perumahan kos rendah rumah pangas (C1S2)
Cara Permohonan PPR 2022
- Sila layari Portal Rasmi SPRN – DI SINI
- Kemudian log masuk dengan menggunakan maklumat yang telah didaftarkan
- Sila pastikan anda memilih skim program mengikut kelayakan anda
- Anda perlu lengkapkan maklumat dalam borang permohonan
- Pilih Projek
- Muat naik dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan
- Selesai
Sekiranya pemohon mempunyai permasalahan semasa permohonan, sila rujuk di laman rasmi SPRN yang telah disediakan diatas untuk mengetahui maklumat lebih terperinci.
Maklumat Lanjut
Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI