BANTUANBeli MotorsikalTEKUN

Skim Pembiayaan Beli Motorsikal RM10,000 – Panduan Daftar

Skim Pembiayaan Beli Motorsikal sehingga maksimum RM10,000 kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk makluman umum, program khas skim bantuan ini adalah sebuah inisiatif dibawah Belanjawan 2024.

SKIM PEMBIAYAAN BELI MOTORSIKAL 2024

Pihak kerajaan menerusi TEKUN Nasional (TEKUN) telah memperkenalkan sebuah inisiatif skim pembiayaan Mobilepreneur. Program khas ini telah dilaksanakan memasuki edisi 4.0 bagi tahun ini secara menyeluruh.

TEKUN adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Skim bantuan pembiayaan mobilepreneur ini berasaskan tawarruq dan merupakan kesinambungan kepada program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0.

Tujuan utama program ini masih terus dilancarkan pada tahun ini adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Pendaftaran permohonan kini dibuka kepada warganegara Malaysia khusus untuk usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal.

Dalam program TEKUN Mobilepreneur ini terdapat 3 kategori yang boleh dimohon iaitu pembelian motorsikal, baik pulih motorsikal dan modal pusingan.

KADAR SKIM PEMBIAYAAN MOTORSIKAL

Berikut adalah maklumat berkenaan kadar skim bantuan TEKUN Mobilepreneur tahun 2024 :

  • Modal pusingan : RM1000 – RM5000
  • Baik pulih motorsikal : RM1000 – RM5000
  • Pembelian motorsikal : RM1000 – RM10,000.

Kepada penerima yang layak, tempoh bayaran balik adalah sehingga 36 bulan (3 tahun) yang melibatkan kadar keuntungan 4% setahun. Kadar peratusan simpanan adalah 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.

SYARAT ASAS KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN MOTORSIKAL

Dibawah adalah beberapa kriteria asas syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam program TEKUN Mobilepreneur 4.0 seperti berikut :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia dan bumiputera
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun
  • Pemohon bukan berstatus muflis
  • Mempunyai lesen memandu B1/ B2 yang sah
  • Mempunyai motorsikal sendiri yang berdaftar dan sah (bagi kategori baik pulih motorsikal)
  • Mengemukakan surat atas sebut harga pembelian motorsikal dari pembekal yang sah (bagi kategori beli motorsikal).

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – TEKUN MOBILEPRENEUR

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan skim pembiayaan ini, anda boleh hubungi talian khas TEKUN Nasional di 03-9059 8888 atau e-mel ke mailbox@tekun.gov.my.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat B40. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button