Senarai Bonus Raya 2025 bagi Penjawat Awam Mengikut Negeri

Senarai Bonus Raya 2025 – Setiap negeri di Malaysia telah mengumumkan pemberian insentif bagi penjawat awam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan penjawat awam dan menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada negara.
SENARAI BONUS RAYA 2025
Jumlah bayaran bonus raya telah ditetapkan mengikut negeri-negeri yang terlibat. Secara keseluruhannya, keputusan ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua penjawat awam yang menjadi tulang belakang dalam pelbagai sektor perkhidmatan awam.
Pembayaran bonus ini dijadualkan disalurkan pada minggu perayaan, memberikan kemudahan kepada penjawat dalam persiapan menyambut Aidilfitri. Berikut dikongsikan jadual bayaran dan jumlah bonus yang diberikan kepada penjawat awam mengikut negeri :
- Selangor : 1 setengah bulan gaji atau minimum RM2,000 (bayaran 25 Mac & 15 April 2025)
- Perak : RM1,500 (Bayaran 24 Mac 2025)
- Negeri Sembilan : Anggaran 1 bulan gaji (bayaran sebelum aidilfitri)
- Pahang : RM1,000 (bayaran seminggu sebelum aidilfitri)
- Pulau Pinang : RM300 (bayaran 22 Mac 2025)
- Kedah : RM500 (Bayaran 25 Mac 2025)
- Johor : Minimum RM1,500 (Bayaran 28 Mac 2025)
- Melaka : RM700 (bayaran 27 Mac 2025)
- Sabah : RM500 (bayaran 22 Mac 2025)
- Sarawak : RM500 (bayaran 22 Mac 2025)
Nota : Bagi negeri-negeri yang tidak dinyatakan diatas, belum ada sebarang pengumuman rasmi dari kerajaan negeri. Segala maklumat terkini berkenaan bonus raya penjawat awam akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri atau bonus raya ini bukan sahaja berfungsi sebagai penghargaan, tetapi juga mendorong semangat kerja dalam kalangan penjawat awam. Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjaga.
Dengan adanya insentif ini, diharapkan sokongan yang diberikan dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih cemerlang.
Pemberian bantuan bonus raya ini dapat membantu rakyat bagi membuat persiapan bagi menyambut awal bulan syawal dengan lebih meriah. Untuk makluman umum, inisiatif BKKA ini juga adalah salah satu bantuan dibawah – BELANJAWAN 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak jenis program dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.