BANTUANKerajaanKhas Aidilfitri

Senarai Bantuan Kewangan Aidilfitri Yang Akan Dikreditkan Pada Bulan April

Senarai bantuan kewangan aidilfitri meliputi pelbagai kategori yang telah diumumkan oleh kerajaan yang akan dikreditkan pada bulan April 2023. Untuk makluman, baru-baru ini pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah kerajaan umum dan akan disalurkan sebelum hari raya.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 

Pemberian bantuan kewangan aidilfitri berjumlah RM350 dan RM700 akan diberikan secara kredit terus ke dalam akaun bank bermula 17 April 2023. Pemberian bantuan ini akan melibatkan penjawat awam gred 56 dan ke bawah (RM700) dan pesara kerajaan (RM350).

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300

Baru-baru ini pihak kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas aidilfitri berjumlah RM300 seorang kepada kira-kira 200,000 rakyat. Mereka yang terdiri daripada anggota rela, sukarelawan angkatan pertahanan awan, bomba dan polis.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM200

Tidak terlepas, kerajaan juga bersetuju untik memberikan bantuan khas aidilfitri kepada kumpulan pekebun kecil, nelayan serta pesawah. Bantuan sempena aidilfitri ini akan diberikan sebanyak RM200 seorang kepada 850,000 golongan penerima yang terlibat.

BAYARAN STR FASA KEDUA

Untuk makluman, bayaran sumbangan tunai rahmah (STR) fasa kedua akan dikreditkan pada bulan April 2023. bantuan ini juga termasuk dalam senarai jenis bantuan kewangan yang akan diberikan sebelum raya puasa.

Kategori penerima yang akan terlibat adalah bujang, warga emas dan isi rumah. Manakala kadar bayaran yang akan diterima adalah berjumlah RM100 – RM200. Pembayaran akan mula dikreditkan pada 5- 15 April dan selewat-lewatnya selesai disalurkan pada 22 April 2023 (sebelum raya aidilfitri).

Untuk semakan status sumbangan tunai rahmah (STR), sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

Pihak kerajaan berharap dengan adanya senarai bantuan kewangan aidilfitri yang akan diberikan sempena menyambut raya puasa ini akan membantu rakyat khususnya yang kurang berkemampuan. Bagi membuat persediaan sambutan raya yang bakal tiba tidak lama lagi pada penghujung bulan depan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk kemudahan dan bantuan tunai yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan –SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button