Semakan status fasa kedua pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mengetahui status pembayaran masuk ke dalam akaun penerima. Untuk makluman umum, pihak kerajaan telah mengumumkan secara rasmi pembayaran fasa kedua STR akan mula diberikan pada 5 April 2023.
SEMAKAN STATUS FASA KEDUA STR
Kepada penerima sedia ada, pembayaran fasa kedua STR ini akan melibatkan semua kategori iaitu Bujang, warga emas dan isi rumah (keluarga). Selaku Menteri kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pembayaran fasa kedua STR melibatkan peruntukan berjumlah RM1,26 bilion yang akan diagihkan secara berperingkat.
Kadar bayaran bagi fasa 2 akan diberikan dengan jumlah sebanyak RM200 untuk kategori isi rumah dan RM100 kepada warga emas dan bujang. Kaedah pemberian inisiatif berbentuk bantuan ini akan disalurkan secara kredit terus ke dalam akaun dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.
JUMLAH BAYARAN STR 2023
Untuk yang masih tidak tahu, pembayaran bantuan STR tahun ini diberikan dengan jumlah bayaran bantuan berbeza mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI ISI RUMAH
- RM1,000 – RM2,500 – bergantung bilangan tanggungan anak (pendapatan bulanan RM2,500 kebawah)
- RM500 – RM1,250 – bergantung bilangan tanggungan anak (pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000)
- RM600 (bantuan tambahan) – Berbentuk bakul makanan asas untuk isi rumah miskin tegar
WARGA EMAS SEBATANG KARA
- RM600
BUJANG
- RM350
Nota : Diatas adalah jumlah keseluruhan yang akan diberikan kepada penerima STR sedia ada secara berperingkat mengikut fasa.
JADUAL BAYARAN STR 2023
Di bawah telah disediakan jadual pembayaran STR mengikut fasa pada tahun ini seperti berikut :
- Fasa 1 : Pembayaran bermula pada 17 Januari 2023 diagihkan secara berperingkat
- Fasa 2 : Pembayaran bermula 5 April 2023 diagihkan secara berperingkat
- Fasa 3 : Pembayaran bermula Julai 2023 (tarikh rasmi akan dikemaskini)
- Fasa 4 : Pembayaran bermula November 2023 (tarikh rasmi akan dikemaskini)
SEMAKAN STATUS STR
Kini portal rasmi semakan status maklumat STR dibuka untuk mengetahui pembayaran fasa kedua. Sila layari laman rasmi MySTR –DI SINI
INFO LANJUT
Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan layak adan mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.