BANTUANeWallet

Semakan Bantuan eWallet RM300 Sebulan : Khusus Untuk B40

Semakan Bantuan eWallet RM300 sebulan ditawarkan khusus untuk mereka yang berada dalam golongan keluarga B40 dan M40. Inisiatif khas berbentuk bantuan ini adalah merupakan salah satu insentif bulanan yang diberikan pada tahun ini.

SEMAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program insentif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Skim bantuan istimewa ini ditawarkan pada kadar jumlah RM300 sebulan.

Perlaksanaan program khas ini masih diteruskan pada sesi tahun ini bagi menangani masalah kewangan golongan yang memerlukan. Pada tahun lalu, program bantuan Bingkas ini telah memberi manfaat kepada sekitar 30 ribu buah keluarga pada kadar bantuan RM300 (bulanan).

Kerajaan negeri Selangor yakin dengan adanya pemberian sumbangan insentif khas bantuan kehidupan sejahtera ini mampu mengurangkan beban penerima. Amaun yang disalurkan setiap bulan kepada pemohon yang layak boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan harian di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan khas Bingkas yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah sekurangnya (2) orang
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut.

SEMAKAN PANDUAN MOHON BANTUAN EWALLET 2024

Bagi sesiapa yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan selagi ianya dibuka. Untuk panduan lengkap pendaftaran, sila layari laman portal rasmi bantuan – BINGKAS (eWallet)

Kepada pemohon, kalian disarankan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata pendapatan jika ada
  • Dokumen sokongan yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button