BANTUANBulananSARA
Trending

SARA Bulanan RM200 ~ Jangan Lupa Tebus & Guna Bulan Ini

SARA Bulanan RM200 telah mula dikreditkan untuk semua kategori September ini, jangan lupa tebus & gunakan bulan ini.

PENGKREDITAN SARA BULANAN SEHINGGA RM200

SARA BULANAN

Untuk makluman umum, Kementerian Kewangan telah melaksanakan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepanjang tahun ini. Bermula April sehingga Disember 2025, kategori B40 dan miskin akan menerima bayaran SARA secara bulanan.

Pengkreditan secara automatik berperingkat dilakukan ke dalam mykad (IC) setiap penerima yang layak. Bayaran SARA bulanan ini adalah dari RM50 hingga RM200 dan nilai boleh dibelanjakan untuk pembelian barang keperluan asas.

Ramai yang masih belum membuat semakan kerana SARA bulanan ini diberikan kepada lebih 5 juta penduduk Malaysia. Mereka yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 berkelayakan mendapatkan insentif tambahan ini.

Tiada sebarang permohonan perlu dilakukan kerana bantuan disalurkan secara automatik dalam bentuk ewallet bukan tunai. Individu yang menerima bantuan ini hanya boleh membeli barang kering sahaja, sebarang barang basah tidak boleh dibeli seperti ayam, ikan dan daging.

KADAR BAYARAN BULANAN SARA 2025

Untuk pengetahuan umum, berikut adalah kadar jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah yang akan diterima setiap bulan mengikut kategori :

Kategori Belia bujang – RM50 sebulan

  • Kategori isi rumah B40 / bukan miskin – RM100 sebulan
  • Kategori isi rumah miskin / miskin tegar – RM200 sebulan
  • Kategori warga emas B40 / bukan miskin – RM150 sebulan
  • Kategori warga emas miskin / miskin tegar – RM50 sebulan.

Dimana tempat boleh membuat pembelian menggunakan bantuan SARA ini?

Untuk makluman umum lebih 7300 pasaraya terpilih seluruh Malaysia yang boleh gunakan bantuan SARA seperti :

  • Lotus
  • Mydin
  • Giant
  • Kipmall
  • KK mart
  • Speed Mart 99
  • Melimewa
  • Dan yang berkaitan.

Kebiasaannya diluar pasaraya atau di kaunter bayaran telah diletakkan tanda Sumbangan Asas Rahmah menandakan boleh menggunakan SARA. Untuk semak status baki SARA anda, sila layari laman portal rasmi https://www.sara.gov.my/

KESIMPULAN

Bagi mereka yang masih belum gunakan bantuan ini, jumlah terkumpul akan dipindahkan ke bulan hadapan dan anda boleh guna dalam tempoh setahun. Untuk lebih informasi berkenaan senarai bantuan kewangan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!

Related Articles

Back to top button