BANTUANSARASARA 2024Sumbangan Asas Rahmah

SARA 2024 : Kategori Penerima Bantuan Asas Telah Diumum

SARA 2024 : Kategori Penerima bantuan asas rahmah telah diumumkan oleh pihak kerajaan yang mula disalurkan pada bulan ini. Untuk makluman umum, program inisiatif tambahan ini terus dilaksanakan pada tahun 2024 bagi memberi manfaat kepada rakyat.

SARA 2024 : KATEGORI PENERIMA BANTUAN

Kementerian kewangan telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah diperluaskan bagi sesi tahun 2024. Kadar jumlah ditambah sekali ganda berbanding tahun lalu bagi sekeluarga.

Kategori penerima juga telah ditambah untuk golongan miskin berbanding tahun lalu hanya kepada miskin tegar. Inisiatif khas ini masih diteruskan adalah bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Bagi pengetahuan umum, bantuan khas SARA ini diberikan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak pada tahun ini. Bantuan ini tidak perlu kemukakan permohonan kerana ia diberikan secara automatik kepada penerima STR.

KADAR BANTUAN SARA 2024 MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Pada tahun ini, bantuan istimewa SARA ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 700,000 penerima STR. Kategori penerima juga telah ditambah kepada 3 pecahan iaitu isi rumah miskin tegar, miskin dan bujang.

Kadar yang diberikan adalah RM1,200 kepada kategori isi rumah miskin dan miskin tegar. Manakala bujang kekal dengan jumlah RM600.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN SARA 2024

Kepada yang terlepas pandang, bantuan tambahan ini bukan dalam bentuk tunai. Ianya disalurkan secara pengkreditan ke dalam mykad setiap penerima pada kadar yang ditetapkan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan RM50 sebulan untuk bujang.

Tarikh perlaksanaan pemberian bantuan SARA ini akan bermula 22 Januari ini bagi penerima STR di kawasan semenanjung Malaysia. Manakala penyaluran bantuan SARA bagi kawasan dari negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan bermula pada 19 Februari 2024.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2024

Untuk sedia maklum, pemberian insentif khas SARA ini dilakukan secara bulanan bermula Januari ini sehingga Disember 2024. Jika anda merupakan penerima STR, semakan status sama ada layak atau tidak menerima bantuan SARA boleh dilakukan secara online.

Untuk semak status, sila layari laman rasmi – MyKasih (SARA) mulai 22 Januari 2024.

MAKLUMAT LANJU

Pada tahun ini terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai inisiatif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button