Rebat Bil Elektrik RM40 setiap bulan adalah merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan sepanjang tahun ini.
INISIATIF REBAT BIL ELEKTRIK RM40 SETIAP BULAN
Tahukah anda, program rebat bil ini telah dilancarkan sejak tahun 2019 sehingga tahun 2025. Program khas ini adalah kesinambungan dari inisiatif rebat RM20 yang berakhir pada tahun 2018.
Penerima bantuan inisiatif rebat ini hanya perlu membayar baki bil elektrik selepas RM40. Jika bila elektrik tidak melebihi RM40 sebulan, penerima tidak perlu membayar bil kerana rebat akan menampung bil tersebut.
Inisiatif khas ini disediakan adalah bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan khususnya miskin dan miskin tegar. Dengan adanya rebat ini dapat mengurangkan beban kos yang ditanggung setiap bulan.
SYARAT LAYAK DAPATKAN REBAT
Dibawah disediakan beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas.
- Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem ekasih.
- Pendapatan bulanan isi rumah dibawah PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan).
- Keluarga dalam kelompok terjejas dan berkeperluan.
Manfaat yang diterima dalam inisiatif rebat :
- Had rebat : Maksimum RM40 setiap bulan.
- Pembayaran : Jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki.
- Jenis akaun yang layak : Akaun tarif domestik A sahaja.
- Pengemaskinian akaun : Khas untuk pemohon tanpa akaun TNB perlu daftar di semakanrebat.
- Pengguna TNB : Rebat ditolak secara automatik setiap bulan.
- Pengguna akaun pihak ketiga : Individu boleh memohon di kedai tenaga dengan sediakan dokumen sokongan.
PANDUAN LENGKAP
Kepada yang ingin mendaftar dan semak kelayakan, panduan lengkap telah disediakan secara dalam talian. Untuk butiran penuh sila layari laman portal rasmi di https://semakanrebat.petra.gov.my/
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan program ini, sila hubungi talian khas yang berkaitan dibawah :
- TNB Careline – 1 300 88 5454 atau emel ke tn*********@*****om.my
- Hotline MyGCC – 03 8000 8000
- Atau kunjungi cawangan TNB berdekatan.
Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai jenis program kemudahan dan inisiatif bantuan untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!