Awal PesekolahanBANTUANPendidikan

(RASMI) Bantuan Awal Persekolahan 2025 : RM150 Seorang

(RASMI) Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah salah satu inisiatif utama di bawah Bajet Belanjawan 2025. Melalui program ini, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan bantuan kewangan yang bersifat one-off pada awal tahun hadapan.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan sokongan kepada pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 dalam persediaan awal mereka untuk sesi persekolahan yang akan datang.

(RASMI) BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Pada sidang Belanjawan 2025 tempoh hari, Kementerian Kewangan telah umum bahawa program BAP akan diteruskan pada tahun depan. Murid dan pelajar berumur 7 hingga 17 tahun bakal menerima manfaat daripada insentif ini.

Bantuan yang diberi berjumlah RM150 seorang ini diharap dapat meringankan beban kewangan ibu bapa dalam persediaan membeli keperluan persekolahan seperti buku, alat tulis, dan pakaian. Dengan adanya program pemberian bantuan ini, para pelajar akan berasa lebih bersedia dan teruja untuk memulakan sesi persekolahan baru, sekaligus meningkatkan motivasi mereka untuk belajar dengan lebih baik.

Kerajaan akan memastikan proses pengagihan bantuan ini berjalan lancar dan adil kepada setiap para pelajar. Penekanan diberikan kepada keperluan pelajar yang memerlukan agar tiada pelajar yang terlepas dari menerima manfaat daripada program ini.

Dengan demikian, diharapkan inisiatif ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua yang layak. Antara kriteria asas syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar menuntut di Sekolah jenis kebangsaan
  • Berumur 17 tahun dan kebawah
  • Tiada had kelayakan pendapatan ibu bapa.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan perpaduan, sila layari laman rasmi – BELANJAWAN 2025 sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button