Program BWE – Bantuan RM600 adalah satu inisiatif kewangan bulanan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah belanjawan 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan sokongan kewangan kepada warga emas yang memerlukan bantuan.
Dengan skim ini, kerajaan memperuntukkan kadar bayaran bantuan berjumlah RM600 sebulan kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
PROGRAM BWE MENAWARKAN BANTUAN RM600
Pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program bantuan tunai BWE. Untuk layak memohon Program BWE, individu perlu memenuhi beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
Proses pemohonan juga memerlukan dokumen sokongan yang mengesahkan kelayakan pemohon. Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemohon untuk memahami syarat-syarat ini sebelum menghantar permohonan.
Melalui Program BWE, warga emas yang layak kini dapat menikmati bantuan kewangan yang akan membantu meringankan beban kewangan harian mereka. Bayaran bulanan RM600 yang diterima boleh digunakan untuk pelbagai keperluan, termasuk perubatan, makanan, dan keperluan asas lainnya.
Inisiatif ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan tetapi juga meningkatkan kualiti hidup warga emas di Malaysia. Syarat kelayakan utama untuk mohon bantuan ini adalah warganegara Malaysia, berumur 60 tahun keatas dan pendapatan dibawah PGK.
Jika berminat dan berkelayakan, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini secara online atau hadir ke pejabat kebajikan berdekatan kediaman. Untuk info selengkapnya, sila layari laman rasmi – eBantuan JKM 2025 sebagai rujukan umum.