Program Bantuan Khas BISTARI RM 100
Untuk sedia maklum, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif kepada rakyat yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan pada tahun ini. Pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberikan pelbagai bantuan bagi membantu meringankan kos pembelanjaan pada tahun ini lebih-lebih kepada golongan berpendapatan rendah.
Satu Inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri atau lebih dikenali sebagai BISTARI telah diumumkan dengan kadar jumlah bantuan sebanyak RM 100 seorang kepada yang layak menerima.
Syarat Kelayakan BISTARI RM 100
Di bawah telah disediakan syarat dan kriteria berkenaan bantuan kewangan BISTARI seperti berikut :
- Simpanan berbentuk kewangan sebanyak RM 100 akan terus dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
- Bayi wajib bertatus warganegara Malaysia yang sah dan lahir pada tahun 2022
- Ibu bapa atau penjaga berasal dari negeri Sabah
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima berumur 18 tahun
Tarikh Permohonan
Bagi anda yang menepati syarat kelayakan boleh membuat permohonan kini dibuka bermula 1 Januari 2022 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2022.
Cara Mohon Bantuan BISTARI
Bantuan ini sangat memberikan manfaat kepada penerima yang memerlukan. Jika anda berminat untuk membuat permohonan bantuan BISTARI ini, anda boleh mohon secara online – DI SINI
Selain itu anda juga boleh mohon secara mengisi borang dan sila menghantar bersama dokumen dokumen sokongan ke alamat yang telah disediakan seperti dibawah – BORANG BISTARI
Alamat Pejabat
Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BISTARI ini, anda boleh rujuk di media sosial Facebook (Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas) atau menghubungi di talian – 088 369872 / 012 866 2419.
Maklumat Lanjut
Jika anda terlepas pandang pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan khususnya insentif berbentuk kewangan kepada keluarga Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan kewangan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI