Program Bantuan Kewangan Khas RM 2,700 One-off
Tahukah anda, melalui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan pelbagai jenis bantuan pada tahun 2022 dan tahun akan datang bagi rakyat yang berkelayakan dan memerlukan. Ini adalah merupakan inisiatif dari Kerajaan melalui pihak JKM bagi meringankan beban pembelanjaan keluarga Malaysia pada tahun ini. Dengan adanya pelbagai jenis bantuan ini, golongan rakyat yang tidak berkemampuan tidak akan tercicir dari komuniti.
Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan aalah Program Bantuan Geran Pelancaran atau lebih dikenali bantuan (GP). Di halaman bawah telah disediakan butiran maklumat berkenaan program bantuan kewangan ini.
Kadar Bantuan
Bagi kadar bayaran bantuan ini akan diberikan sehingga maksimum RM 2,700 secara one-off kepada pemohon yang layak pada tahun ini.
Syarat Kelayakan
- Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
- Pemohon merupakan kumpulan golongan sar Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Purata Kemiskinan isi rumah atau Purata Miskin per kapita tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Untuk bagi sebarang kes sepatutnya dan berkeperluan akan dipertimbangkan berkemungkinan layak dengan kelulusan melalui KPKM.
Tujuan Bantuan
- Dapat mewujudkan Program pengintrigrasian dan pembangunan serta dapat membantu penerima bantuan ini kearah berdikari dan matlamat yang dituju.
- Membantu memperkasakan kumpulan ekonomi sasar pihak JKM yang lebih berpontesi, produktif, kemahiran serta minat untuk mendapatkan pendapatan untuk keluarga atau individu.
Cara Permohonan
Kepada anda atau mempunyai kenalan yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan JKM, kalian boleh membuat permohonan bantuan Geran Pelancaran RM 2,700 secara one off ini di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran anda. Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan ini, sila layari Portal Rasmi JKM – DI SINI
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan khususnya melibatkan bantuan berbentuk tunai seperti BKM. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI