Permohonan Online EPengeluaran KWSP Kini Telah Dibenarkan
Permohonan online ePengeluaran KWSP kini dibenarkan kepada mereka yang memerlukan pengeluaran selagi menepati kelayakan yang ditetapkan. Untuk makluman, beberapa kemudahan pengeluaran KWSP boleh dimohon pada bila-bila masa dan dimana jua.
PERMOHONAN ONLINE EPENGELUARAN KWSP
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan kemudahan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi tersedia. Ahli KWSP mempunyai hak pengeluaran yang bertujuan seperti membeli rumah, pendidikan, menunaikan haji dan sebagainya.
Permohonan online epengeluaran KWSP ini adalah bertujuan membantu memudahkan urusan ahli/ pencarum yang ingin memohon pengeluaran pada bila-bila masa. Terdapat beberapa kategori jenis pengeluaran yang dibenarkan, antaranya seperti di bawah.
RAWATAN PERUBATAN
Kepada ahli yang sedang dilanda musibah dan memerlukan kewangan bagi menangani kos rawatan perubatan yang tinggi. Pengeluaran wang KWSP melalui akaun 2 dibenarkan selagi menepati syarat yang ditetapkan.
PEMBELIAN RUMAH
Pihak KWSP telah menyediakan sebuah kemudahan pengeluaran kepada ahli yang ingin memilik rumah pertama. Kemudahan ini telah ramai sertai, ahli boleh membina rumah, membeli rumah dan memohon rumah mesra rakyat (RMR) 2023.
Pengeluaran pada akaun 2 KWSP dibenarkan untuk kemudahan ini selagi ahli menepati terma dan syarat kelayakan.
PENDIDIKAN
Untuk sedia maklum, pihak Universiti telah menawarkan kemudahan berkualiti tetap bukan semua orang mampu. Pada era sekarang, yuran pengajian dan barang-barang keperluan Universiti adalah mahal dan memerlukan perbelanjaan yang besar.
Kemudahan pengeluaran ini dibenarkan kepada ahli yang mempunyai anak yang ingin menampung kos pengajian mereka. Pengeluaran akaun 2 KWSP dibenarkan bagi kategori pendidikan.
MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Kepada ahli yang ingin menunaikan ibadah haji, mereka boleh memohon pengeluaran i-akaun KWSP untuk membantu menampung pembelanjaan sampingan. Kemudahan ini disediakan bagi membantu mengurangkan beban kewangan ahli untuk mengerjakan ibadah haji.
Selain jenis kemudahan diatas, terdapat lebih banyak pengeluaran KWSP yang dibenarkan sekiranya memerlukan.
SYARAT KELAYAKAN & CARA MOHON
Kepada para pencarum / ahli KWSP yang ingin mengeluaran wang sebahagian, permohonan online ePengeluaran KWSP boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Sila semak syarat kelayakan mengikut kategori dan cara mohon secara atas talian. Untuk mohon, sila layari laman rasmi pengeluaran KWSP – KLIK DISINI
MAKLUMAT LANJUT
Selain permohonan online epengeluaran KWSP, terdapat pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.