Permohonan Lesen Memandu Percuma 2025 : Panduan Daftar

Permohonan lesen memandu percuma kini dibuka kepada rakyat Malaysia selagi kuota daftar masih belum dipenuhi. Program MyLesen B2 yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah satu inisiatif penting untuk membantu golongan B40 dalam mendapatkan lesen memandu percuma.
Tahun 2025 menyaksikan perluasan program ini, di mana kuota dibuka untuk 15,000 peserta yang terdiri dari kumpulan B40. Ini adalah langkah yang signifikan dalam memberikan peluang kepada rakyat, khususnya belia, untuk memiliki lesen memandu jenis motorsikal kelas B2 di Malaysia.
PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Kerajaan Madani telah perkenalkan sebuah program mylesen B2 dibawah Belanjawan 2025. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk terus melaksanakan program mylesen pada tahun ini.
Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk meringankan beban kos dan memberi kemudahan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Dengan memiliki lesen memandu, golongan belia dapat meningkatkan mobiliti mereka dan membuka lebih banyak peluang untuk pekerjaan.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga memperkasakan masyarakat setempat.
MANFAAT & SYARAT LAYAKAN MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA
Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh didapatkan dari menyertai program mylesen 2025 ;
- Meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan dan B40 untuk mendapatkan lesen memandu percuma
- Memupuk dan galakan masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang
- Meningkatkan peluang pekerjaan dari sektor pengangkutan.
Antara syarat kelayakan yang perlu dipatuhi adalah seperti ;
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 16 tahun hingga 35 tahun
- Pendapatan isi rumah dalam kelompok B40
- Belum memiliki sebarang lesen memandu dan bebas dari saman JPJ, PDRM dan mahkamah.
PANDUAN DAFTAR SERTAI PROGRAM LESEN MEMANDU?
Bagi mereka yang layak dan berminat untuk memohon lesen memandu percuma melalui program MyLesen B2, proses pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian. Calon perlu mengisi borang permohonan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
Pastikan anda mengikuti semua langkah dengan teliti untuk memastikan permohonan anda tidak ditolak. Dengan ini, anda dapat menyertai ribuan yang akan mendapat manfaat daripada program ini dan menjadi pemilik lesen memandu dengan lebih mudah.
Untuk panduan lengkap dan muat turun borang permohonan, sila layari laman rasmi – MyLesen (JPJ)
BUTIRAN SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.