BANTUANSARA

Penghargaan SARA RM100 : Apa Kategori Barang Yang Boleh Dibeli?

Penghargaan SARA RM100 telah mula dikreditkan ke dalam mykad setiap individu bermula 31 Ogos 2025 seluruh Malaysia. Untuk makluman umum sekitar 22 juta penduduk Malaysia layak menerima manfaat daripada inisiatif khas ini.

PENGHARGAAN SARA RM100 ONE-OFF

Kerajaan MADANI telah melaksanakan pemberian penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off berjumlah RM100. Bayaran dikreditkan secara terus ke dalam mykad / IC setiap individu berumur 18 tahun dan keatas.

Tiada sebarang permohonan diperlukan, bantuan diberikan kepada semua individu dewasa berstatus warganegara Malaysia. Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja dan tempoh boleh digunakan adalah sehingga 31 Disember 2025.

Jika anda tidak menggunakan sebelum tarikh luput, amaun dalam mykad tersebut tidak akan boleh digunakan pada 1 Januari 2026. Perlaksanaan penghargaan SARA RM100 ini adalah bagi meringankan beban rakyat dan sempena sambutan merdeka pada tahun ini.

KATEGORI BARANG YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN SARA RM100

BARANG SARA

Di bawah telah disediakan senarai barang yang boleh dibeli menggunakan amaun bantuan SARA RM100 one-off :

  1. Telur
  2. Beras
  3. Biskut
  4. Mi segera
  5. Minyak masak
  6. Roti
  7. Makanan dalam tin
  8. Minuman seperti susu, teh dan kopi
  9. Bahan perasa seperti kicap, gula, sos dan garam
  10. Tepung
  11. Produk kebersihan diri seperti ubat gigi, sabun dan tuala mandi
  12. Bahan kebersihan dalam rumah seperti sabun pencuci baju
  13. Keperluan persekolahan seperti alat tulis dan pakaian seragam
  14. Ubat-ubatan yang ada kelulusan KKM.

Nota : Barang-barang basah seperti ayam, ikan, udang dan berkaitan tidak boleh dibeli menggunakan amaun SARA. Jangan lupa untuk berbelanja menggunakan bantuan ini sebelum tarikh luput pada 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH

Seluruh rakyat Malaysia boleh membuat semakan status kelayakan SARA ini secara dalam talian melalui laman portal rasmiĀ https://www.sara.gov.my/ . Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan, jika layak maklumat bayaran akan dipaparkan pada skrin.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif yang boleh dimohon oleh rakyat yang berkelayakan dan berkeperluan. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkanĀ SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat!

Related Articles

Back to top button