BANTUANMyKasihPemberianSARASumbangan Asas Rahmah

MyKasih : Pemberian Bantuan RM100 Sebulan Ke Penerima STR

MyKasih : Pemberian Bantuan RM100 sebulan telah mula dikreditkan kepada penerima STR yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

MYKASIH : PEMBERIAN BANTUAN RM100 (BULANAN)

Bagi pengetahuan umum, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Atas keprihatinan kerajaan telah bersetuju meneruskan perlaksanaan bagi sesi tahun ini.

Apa yang menarik adalah pemberian insentif tambahan ini telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR tahun 2024. Bukan itu sahaja, kategori penerima juga telah ditambah kepada mereka yang berstatus bukan miskin tegar turut akan mendapat manfaat yang disediakan.

Bermula Januari 2024 sehingga Disember 2024, pengkreditan sebanyak RM50 dan RM100 telah disalurkan kepada mykad penerima STR yang layak. Bagi makluman, program khas SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik berdasarkan kelayakan.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH 2024

Pihak kerajaan telah menetapkan jumlah kadar bayaran bantuan Mykasih SARA sesi tahun 2024 mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI MISKIN / MISKIN TEGAR

  • Penerima STR dari kategori isi rumah dan warga emas : RM1,200
  • Penerima STR dari kategori bujang : RM600

KATEGORI BUKAN MISKIN / MISKIN TEGAR

  • Penerima STR dari kategori isi rumah : RM300
  • Penerima STR dari kategori bujang dan warga emas : RM150

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA

Bagi penerima berstatus miskin dan miskin tegar, pembayaran telah mula disalurkan secara berperingkat sehingga Disember tahun ini. Untuk yang bukan berstatus miskin tegar, pembayaran akan dilakukan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Jika anda merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif ini boleh dilakukan secara dalam talian. Panduan lengkap dan cara semakan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button